0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Kejap lagi aku akan pergi ke Pratonton filem 7 Petala Cinta lakonan hebat Fizo, Shima Anuar, Aeril Zafril, Diana Amir, Putri Mardiana.

Aku tak tahulah best atau tak tapi apa pun korang kena layan dulu sinopsis 7 petala cinta. Kalau tengok tak tahu jalan cerita nanti blur pulak kan so baca dulu baru best nak feling – feeling.

Sinopsis 7 Petala Cinta;

Filem 7 Petala Cinta mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku di antara mereka selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.

Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.

Sinopsis dah bace konpem malam nih aku takdelah tertanya – tanya jalan cerita macam mana. Hurm nak tahu best atau tak, korang tengokla sekali trailer 7 Petala Cinta ini dulu.

P/s: Aku harap filem ini tak mengecewakan malam ni.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });