0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Aduan Nasi Tak Sedap, Ini Respon Balas Pemilik Nasi Lemak Anak Dara

Aduan Nasi Tak Sedap, Ini Respon Balas Pemilik Nasi Lemak Anak Dara

sitihajar

Sekarang ini, nama kedai Nasi Lemak Anak Dara semakin popular dan menjadi sebutan ramai.

Di gerainya memang ramai yang datang sehingga beratur panjang.

namun begitu, baru-baru ini telah viral aduan dari seorang wanita bernama Sarimah ke atas Nasi Lemak Anak Dara.

Ini Aduannya

Inilah dia nasi lemak anak dara yang diviralkan itu. Kami order pagi ini untuk majlis baca yassin. Yang azabnya, dia suruh orang tua berumur 46 tahun naik tangga tingkat lima paling atas untuk ambil 40 bungkus nasi lemak. Korang rasa patut tak?
Dah camtu, inilah rupa nasi lemak yang konon sedap sangat. Harga RM3.50, kuantiti memang kesian. Ayam potong 24 timun, tak ada kacang dan telur.
Tolonglah, niaga kena ikhlas. Jangan selepas viral, kualiti pun out. Menyumpah orang makan nasi kau.

Pemilik Nasi Lemak Anak Dara iaitu Siti Hajjar telah tampil memberi respon tentang hal ini.

Siti Hajjat telahpun berjumpa dengan Puan Sarimah untuk menyelesaikan masalah dan aduan pelanggannya itu.

Ini Kenyataan Siti Hajjar

Assalamualaikum WBT

berkenaan gambar complain yang viral

Alhamdullilah dengan izin Nya, NLAD dan Puan Sarimah Jaafar telah berjumpa..Segala kesulitan dan viral harap boleh padam ye.. Mohon tidak ada lagi gambar Puan Sarimah/keluarganya tersebar.. Akaun Facebook Sarimah Jaafar adalah benar. Kedua dua pihak telah memohon maaf untuk kebaikan masing masing.. diatas persetujuan dua dua pihak tak perlu la ada penjelasan yang lebih lanjut..

Pihak NLAD dan juga mewakili pihak Pn Sarimah mohon maaf diatas perkara tersebut.. semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..

Nampaknya segalanya telah selesai dengan baik. -PENMERAHDOTCOM

nlad

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas