0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Akui Kesilapan Hina Yang Di Pertuan Agung Lelaki Ini Tampil Mohon Maaf

Isu Hina Yang Dipertuan Agung Lelaki Ini Tampil Memohon Maaf

raja

Apabila status laman sosial facebook seorang lelaki yang telah meghina Yang Dipertuan Agung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V yang menjadi viral sejak pagi tadi dia telah mengakui kesilapannya serta tampil memohon maaf.

Status yang dimuat naik itu mencetuskan pelbagai reaksi marah rakyat Malaysia yang  mengecam tindakannya itu.

Dia juga mengakui akan ketelanjuran katanya dalam media sosial, lelaki yang bernama Mohd faiz. Berikut merupakan permohonan maafnya secara penuh.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Ingin diakui keterlanjuran kata dan bahasa diri ini dalam menyampaikan buah fikiran saya didalam media sosial ini, dengan merujuk kepada posting fb yg sebelum ini tentang kuasa YDPA dan Institusi Majlis Raja-raja.

Saya merafak sembah dan memohon maaf kepada YDPA dan sekalian rakyat Malaysia atas kenyataan yang dilihat menyinggung. Posting itu dihiasi dengan semangat anak muda yang inginkan perubahan kearah Malaysia yang lebih baik.

Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi Raja-Raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan melayu di Malaysia ini. Itulah yang dimaksudkan dengan Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini. Institusi Raja bukan sahaja Soleh Spiritual, malah Soleh Sosial (dengan maksud mempunyai peranan dan tanggungjawab sosial).

Negara unggul yang kita impikan tentunya Negara yang membahagiakan dan sekaligus membanggakan. Atas dasar itu lah, peranan YDPA dan Raja-Raja serta institusi islam lainnya dapat berfungsi dengan baik.

Dalam menyemangati hubungan Raja-Rakyat, haruslah kita meneladani janji antara Demang Lebar Daun (rakyat) dan Seri Teri Buana(raja) , berkenaan kesetiaan Melayu yang bersyarat dan bersyariat. Kata Demang Lebar Daun ,

“Seperkara lagi. perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu itu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan janganlah ia difadihatkan. dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh,tuanku; jangan tuanku aibi”.

Demang lebar Daun memberikan taat setia kepada Seri Teri Buana, yang dibalasnya dengan ;

“Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya,jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga.”

Inilah waad (perjanjian) taat-setia rakyat kepada Rajanya , bersendikan syariat. Pantang anak Melayu itu dinista dan dikeji tanpa sebab. Adapun pantang juga anak melayu itu dipuja melambung-lambung tanpa sebab. Kita tidak mahu nama Agong itu fungsinya dilihat secara literal pada namanya, Contohnya jika dia seorang guru, dia bukan hanya digurukan, malah bibapakan, dimurabbikan, dimentorkan. Kita tidak mahu nama Agong itu hanya tinggal di Agung agungkan, tanpa sebarang peranan yang besar.

Sebolehnya saya mahu mengelakkan salah faham yang berpanjangan atas posting saya yang sebelum ni. Dan mahu melihat negara ini bersama semua pemimpin dan rakyat terus hidup makmur semakmurnya dan sebahagianya.

Wallahualam
Mohd Faiz
17 Disember 2016

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });