0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Anak Tak Perlu Ambil SPM Jika Sudah Capai Impian – Suhaimi Saad

ss

Umum mengetahui cara Suhaimi Saad dan juga isteri Ina Naim, membesarkan anak-anak mereka dengan cara yang agak lain dari orang lain.

Pasangan ini tidak menghantar anak ke sekolah biasa tetapi sebaliknya mengambil pendekatan hanya bersekolah di rumah atau lebih dikenali sebagai “home-school”.

Melalui laporan MalayMailOnline, Suhaimi berpendapat format peperiksaan tidak mendatangkan kebaikan untuk anak-anaknya.

Ini komen dari Suhaimi Saad tentang sekolah anaknya:

“Sijil Pelajaran Malaysia pun mungkin kita akan ambil secara persendirian. Itu pun SPM ini kita tidak akan tahu bertahan sampai bila sebab sistem ini sentiasa boleh berubah,”

“Cuma saya merancang yang terbaik. Saya tengok ramai yang buat belajar di rumah ini apabila usia 14 tahun ke 15 tahun dan sudah boleh sampai sasaran dia.

“Ada jadi saintis, ahli perniagaan dan sebagainya Jadi kalau dah jadi ahli muzik, sudah boleh bekerja, tidak perlulah SPM itu,”

“UPSR dan PT3 saya rasa tidak akan bawa kemana-mana dan memang saya tak rancang untuk mereka.

“Sekarang ini saya fokuskan kepada akhlak dan bahasa serta al-Quran,”

Sebelum ini, nama Suhaimi menjadi bualan ramai apabila akui tidak mengambil vaksin untuk anak-anak selain tidak membeli peti ais, mesin basuh dan televisyen untuk kegunaan di rumah.

Sumber: MMO

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });