0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Anggota JPJ Guna Telefon Ketika Memandu, Disaman Dan Ditukar Bahagian

jpp

Beberapa keping gambar anggota JPJ sedang menggunakan telefon bimbit ketika memandu telah menjadi viral baru-baru ini di laman sosial media.

Jabatan Pengangkutan Jalan hari ini tampil mengeluarkan saman ke atas anggotanya itu yang sememangnya didapati bersalah menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Saman berkenaan dikeluarkan sendiri oleh Pengarah Penguatkuasa jabatan itu selepas gambar anggota berkenaan menggunakan peralatan itu viral di media sosial.

Satu kenyataan media dan salinan saman telah dimuatnaik di laman sosial Facebook JPJ.

Ini kenyataan JPJ:

“Siasatan serta-merta mengenai perkara itu dibuat dan jabatan mengesahkan kebenaran maklumat itu.

“Anggota itu juga sudah ditukarkan ke bahagian lain serta dirujuk kepada lembaga tatatertib kerana mencemarkan imej jabatan untuk tindakan selanjutnya,”

“Jabatan sentiasa mengingatkan anggota JPJ supaya sentiasa menghormati undang-undang jalan raya dan menjadi contoh kepada pengguna jalan raya lain,”

JPJ menyatakan, jabatan itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dalam kes kesalahan undang-undang jalan raya. Diharapkan kisah ini menjadi teladan kepada semua bahawa jangan sesekali melanggar undang-undang tidak kira siapa pun anda. -PENMERAHDOTCOM

14034897_10154459447752421_6140524128224683070_n 14141613_10154459447777421_3653168507077202638_n

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });