0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis atau dalam kalangan masyarakat melayu dikenali sebagai gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang dan mencecah sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang. Perghhhh risaunya. Wuwuwuu.

Apa punca gila meroyan?

Gila meroyan adalah peringkat lewat gangguan perasaan (selepas blues dan kemurungan). Gila meroyan terjadi apabila gangguan blues dan kemurungan tidak dapat dikesan diperingkat awal dan dibiarkan tanpa mendapat perhatian doktor serta rawatan.

Kita tengok dulu gejala maternity blues sebelum pergi kepada gila meroyan.

1. Gejala Maternity Blues

  • Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang
  • Gejala memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke 5) memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan menyedari beliau kini berhadapan situasi menerima orang baru
  • Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa 2 minggu tanpa rawatan perubatan
  • Wanita ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya
  • Gejala Kemurungan
  • Berlaku sekitar 10% – 15% dalam masyarakat
  • Wanita yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum sebelumnya serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan postpartum.
  • Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi kesan ketara berbanding maternity blues
  • Mudah menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, memikir ingin membunuh diri dan sering berfikir untuk mati
  • Kerap cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh juga mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin mencederakannya.

 

2. Gejala Psikosis (Gila Meroyan)

  • Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan
  • Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin
  • Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya
  • Mempunyai kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya. Mendengar bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya.
  • Berisiko untuk membunuh diri atau bayi

 

 

 

P/s: Untuk mengatasi gila meroyan ini, haruslah cepat mengenalpasti maternity dan kemurungan selain memberi perhatian dan layanan sewaktu jagaan berpantang untuk elakkan dari rasa keseorangan. Kebanyakan yang kena gila meroyan ini mengalami pada tahap ringan jek dan tidak memerlukan rawatan perubatan.


 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });