0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Setiap hari, kalau ikutkan normal rambut akan gugur sebanyak 50–125 helai tetapi masalah akan timbul apabila rambut mulai gugur melebihi tahap normal. Penyebabnya mungkin ada masalah pada tempurung rambut, pengambilan ubat-ubatan yang boleh menjejaskan pertumbuhan rambut, tekanan, genetik, faktor hormon dan banyak lagi.

Aku sendiri tak terlepas sebenarnya sejak 2-3 tahun lepas. Pernah jek menapak kat Yun Nam tapi bertahan selama sebulan sebab dorang asyik nak mintak bayaran lebih. Sudahnya aku guna alternatif sendiri. Shampoo pertama yang aku guna masa nak stopkan keguguran rambut secara besar – besaran dengan guna shampoo Bawang. Alaa yang gambar Jackie Chan tu. Tapi lepas tu, aku mula bertukar pada shampoo yang lebih baik. Conditioner? Ahhh yang ni memang tolak tepi sebab masalah gugur rambut bermula dari tersilap guna conditioner.

 rambut gugur

Cara lain?

Penyelesaian cara moden: Seimbangkan sumber protein diet dalam pemakanan seharian.

Penyelesaian cara alami: Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air yang sedang mendidih. Tapis serbuk teh dan ambil airnya. Air itu diletakkan dengan sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur. Kacau dan sapukan pada kulit kepala selama tiga jam.

P/s: Cara mudah dengan jaga pemakanan elak makanan berminyak dan ajinomoto plusss banyakkan mengambil sayuran dan jugak jangan taksub dengan iklan shampoo murah. Sekian.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });