0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Bapa Rakam Pusat Asuhan Pukul & Dera Bayi l Semalam dekat berita, kecoh dengan video penderaan bayi di pusat asuhan yang mendera secara kejam. Pusat asuhan berkenaan didapati tidak berdaftar dan terletak di Taman Melati di ibu negara.

 

Seorang bapa yang hanya mahu dikenali Mohamad, berasa curiga apabila anaknya sering kali menangis apabila hendak dihantar ke pusat asuhan itu. Dia kemudian bertindak memasang camera tersembunyi di dalam beg sekolah anaknya untuk mengetahui apakah punca sebenar anak dan kanak kanak lain sering kali menangis di pusat asuhan itu.

Berita penuh dan video rakaman

Mohamad pernah bertanya kepada pengasuh di tempat berkenaan mengapa kanak kanak di sana kedengaran selalu menangis setiap kali dia mahu mengambil anaknya, mereka hanya menjawab biasalah kanak kanak memang macam tu.

Hasil rakaman dari  kamera tersembunyi itu menunjukkan pengasuh memukul bayi dan kanak kanak tanpa belas kasihan. Ada yang bayi ditampar di kepala, belakang badan berulang kali hingga menangis.

Perbuatan kejam itu sudah berlarutan sejak 4 bulan lalu, dan bapa kanak kanak itu juga berkongsi rakaman dengan penjaga lain. Bagi menghentikan perbuatan kejam itu, laporan polis telah dibuat ke atas pusat terbabit. Aduan juga telah dibuat ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan  dan Kemas.

Memang kejam perbuatan mereka , apakah yang mereka dapat apabila bayi dan kanak kanak yang belum tahu apa apa dipukul sedemikan rupa.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });