0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Bayi 8 Bulan Didera Pengasuh Durjana, Mata Lebam Tangan Bengkok

dera

Ini satu kisah yang menyayat hati apatah lagi kepada ibu bapa.

Kisah seorang bayi kecil yang didera teruk oleh pengasuhnya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal dan mental.

Mesti budak kecil itu trauma.

Jom baca pendedahan ibu bayi tersebut: (sumber: Fazlin)

LUAHAN PERTAMA

Maafkan bonda sayang . Bonda buta dengan segala kebaikan dia .

Apalah dosa anak kecil ini sampai kau sanggup sakitkan dia .Tangan anak aku sampai nak kene simen 3 hari tak bergerak tapi kau boleh cakap kau pun taktahu kena apa .Mata bengkak kau cakap kene mainan .

Kau cuai atau memang kau sengaja sakitkan anak aku . Maafkan bonda rayyan . Andai rayyan dapat bersuara dari awal lagi bonda tak akan pernah izinkan die sentuuh rayyan mhupun hanya melihat .

Banyak sangat dah pentunjuk sebelum ni tapi bonda buta . Allahuakhbar menderita kau anak . Gerak hati ibu xpenah salah .

Buat semua ibubapa kat luar sana kalau anak kite ada tunjuk reaksi negative terhadap orang lain especially pengasuh silalah mula ragu2.

Cepat2 cari punca sebelum anak jadi lauk .

Maafkan bonda rayyan . Berat sangat mata bila bonda pandang rayyan . Bersalahnya bonda dekat rayyan . Ya Allah kau permudahkanlah urusan kami . Kembalikanlah semangat rayyan . Semangat ku . Semangat keluarga ku .

LUAHAN KEDUA

Assalamualaikum buat semua sahabat ,ibubapa yang prihatin terhadap apa yang berlaku pada anak kami rayyan.

Alhamdullilah anak sy beransur pulih luka fizikalnya tapi masih dalam pemulihan emosinya. Anak sy baru berusia 8 bulan 20 hari..

Maaf sy tidak dapat balas satu persatu pertanyaan di pm/ komen tetapi sy sangat berterima kasih kerana luahan hati sy dikongsikan dgn cukup byk skali.

Niat sy hanyalah utk membuka mata ibubapa diluar sana yg sama seperti sy dan suami yg sentiasa berfikiran positive jika ada apa2 yg berlaku pada ank kami..Tanpa kami sedari anak kami sedikit demi sedikit menjadi mangsa dera pengasuh.

Asalnye hanya sedikit kesan akhirnya makin melarat dan makin kerap sehingga menyebabkan kami merasa ragu ragu.
Kami sudah membuat report .

Bukti kukuh sudah ada pada kami . Dimana xray tangan anak kami yg menunjukkan tulangnya bengkok dan juga statement dari pihak hospital hentakan kuat pada mata anak kami .

Kesan kesan lain juga seperti kesan kuku di celah kangkang dan celah punggung yg dlm dimana amik masa seminggu utk hilang,lebam didalam telinga,lebam dibawah hidung dgn alasan tidak logik,bs mengatakan die mencuci hidung ank kami .

Alhamdullilah satu persatu pertunjuk dan bukti yg membuat kami yakin utk berjuang demi ank kami mangsa penderaan pengasuh .
Apa yg boleh sy katakan disini bukan anak kami sahaja mangsa penderaan pengasuh yg sama ini.

Kami berharap pihak itu tampil utk menegakkan keadilan dan kite sama2 membantu orang lain yg mungkin akan menghantar ke pengasuh ini..
Bangkitlah demi kebenaran.Allah akan sentiasa membantu orang2 yg dizalimi.Insya’allah.

Disini sy sertakan gmba yg diberi oleh pengasuh mengatakan ank sy terkena mainan ultraman plstik.pada mulanya sy percaya sehingga sewaktu sy menjemput anak sy dlm keaadaan lembik dan matanya mula bengkak . Ank sy ank yg ceria,sangat kuat semangat.Doakan keaadaan nya pulih seperti sedia kala .

Maafkan bonda rayyan “. Pagi tu rayyan tiada tangis bonda fikirkan rayyan mengerti bonda mencari nafkah utk kita bersama .11 jam rayyan menahan derita . Itulah hari terakhir anakku bersama iblis .

Maafkan bonda rayyan . Rayyan perlu tahu bonda tersangatlah sayang dan bonda janji bonda takkan benarkan lagi rayyan membesar di mata yg lain selain bonda . Jangan takut lagi anakku,,bonda akan ada didepan rayyan sewaktu rayyan bangun dari tidur..mandikan rayyan..suapkan makanan..bermain..bonda akan ajar rayyan merangkak .. bonda akan buat rayyan lupe akan derita ini..

Allahuakhbar . Bonda yang masih fobia ..

Memang kena berhati-hati sekarang ni kaalu nak ambil pengasuh. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });