0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

189

Kishva Ambigapathy, seorang rakyat Malaysia dengan bangganya berbaju Melayu ketika mengetuai perbarisan sempena sambutan hari lahir ke-90 tahun Queen Elizabeth II yang diadakan di Westminster Abbey, London, semalam.

Apa yang uniknya adalah, seorang jurutera yang juga pelajar jurusan Sarjana Politik Global dari Universiti Durham, London telah dipilih sebagai pembawa cokmar mengiringi Ratu England itu. Kishva Ambigapathy sememangnya tidak pernah menjangkakan beliau terpilih untuk turut terlibat dan menjadi orang paling penting dalam majlis diraja ini.

Beliau menyifatkan pemilihannya itu sebagai satu pengiktirafan kepada generasi muda.

190

“Saya tahu ramai mempertikaikan kenapa saya tidak bersongkok apabila berbaju Melayu. Tapi, bagi saya apa yang penting ialah membawa identiti Malaysia dalam acara yang besar sebegini.

Kishva mengakui sudah cuba mencari songkok untuk dipakai bersama baju Melayu berwarna krim miliknya pada majlis bersejarah itu kelmarin, tetapi sukar kerana berada di kota London. Ke mana sahaja saya pergi di peringkat antarabangsa, saya akan pastikan saya datang dengan pakej budaya dan identiti kita rakyat Malaysia. Saya memilih baju Melayu kerana ia memang terkenal sebagai identiti Malaysia, walaupun saya berkuturunan India, ulasnya lagi. ”

191

Menurut Kishva 26,  beliau merasakan dirinya rendah diri dan dihargai kerana berpeluang membawa cokmar pada sambutan hari jadi Ratu Engaland itu. Katanya lagi, pemilihan ini adalah sebagai mengangkat golongan muda dalam kelompok komanwel dan setiap daripada mereka mempunyai peranan penting dan perlu dilihat.

Kishva merupakan Pengerusi Yayasan Belia Komanwel dimana beliau adalah orang penting dalam mewakili suara anak muda dari 53 buah negara Komanwel seluruh dunia.

Bila ditanya berkenaan pemakaiannya di majlis tersebut, Kishva turut menjelaskan kenapa beliau tidak mengenakan songkok sebagai pelengkap kepada pakaian rasmi orang Melayu itu, walaubagaimanapun, beliau menjelaskan dengan berpakaian baju Melayu ini, beliau telah berjaya menunjukkan identiti Malaysia dalam acara penuh istiadat ini di mata dunia.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });