0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Wachaaaa..

Malam semalam aku dah announce keluar photoshoot dengan Nisa Kay dan kali ini yang bestnya ada photographer hebat Syam CreativeHeart. Alang – alang dah jumpa, apalagi terus menuntut ilmu bab photography ini. Bukan senang dol nak jumpa dia! haha.

Lebih kurang sejam shoot gambar Nisa Kay, hujan turun renyai – renyai. Mulanya ingatkan dah hilang mood nak bergambar tapi semakin best pulak. Bila dah hujan, baru boleh tengok kamera punya capability samada best atau tak untuk scene waktu hujan and kamera aku turns out hampeh! Nasihat syam ”tukar body baru”. hahaha.

Dah settle tang photoshoot, terus kitaorang gerak cari kedai makan berbuka puasa tapi hampir semua kedai fully booked! ahhhh pasrah! Tapi lucky us bila dapat jugak 1 kedai ini Restoran Bayou dekat tepi nandos! Dengan bersesak orang ramai, dapat jugak table dan kedai ini makanan dia secara buffet. Ko bayar sekian – sekian, amek laa seberapa banyak makanan yang mampu ditelan. haha.

Tapi aku tamak boleh tapau lagi kuih muih. Rasa membazir pulak kalau tak bawak balik. haha.

2 gelas air sirap bandung aku punya, 4 gelas air mata kucing syam punya dan 2 gelas sirap bandung Nisa Kay punya. Pemenang kategori minum air banyak – banyak adalah syam creativeheart. haha.

Kuih Muih aka desert di Bayou Restoran

Muka Nisa Kay yang tak berpuasa? haha.

Dah habes sesi besarkan perut, kitaorang terus heading ker Food Court Rasa untuk sesi menuntut ilmu edit gambar. Baidewey, gambar yang aku edit sebelum ini semuanya guna photoscape jadi dah ada sifu kat depan, aku usung jugak laptop ke hulu ke hilir dengan beg kamera yang besar gedabak semata – mata nak belajar basic photoshop. Haaaa, syam creative heart ini memang tak lokek ilmu, ko tanya laahh semua benda pasal photography, dengan humble dia akan jawab kesemua soalan ko.

Masa yang ada, aku cuba belajar pape yang boleh untuk bekalan kemudian hari. haha. Seyes, aku memang suka lepak dengan dia ini banyak benda boleh belajar tanpa perlu banyak tanya. Hasil untuk sesi photoshoot semalam?

Aku tempek sekeping jelaa dulu as a teaser tapi nanti Nisa Kay akan up kan entri aku, dia dan dslr mungkin part ke 17 dan 18 dalam masa terdekat.

 

 

 

 

P/s: Mood nak bertukar body baru semakin membuak – buak. Aahhhh sabar kena tunggu raya kang tak syok nak beraya poket dahhh kosong. haha.

 

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });