0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waaaachaaa..

Kembali lagi dengan sesi besarkan perut kali ini dengan retisss blogger Cik Epal Gonjeng. huhu! Aku tempek gambar dia atas sekali mesti lepas ini dia bising bila tengok gambar dia menjadi pembuka selera di Restoran Bubba Gump. Beza benor dia dengan aku. Maunya takkkk, dia sopan tapi aku warghhhhhh belum insaf lagi. Coming soon dear! Muahahahahaa!

Bubba Gump! Cee sebut betol – betol! Aku selalu sangatlaa terkonfius dengan sebutan Bubbaaaa Gump nak jadi Bubble Gump. haha! Dari bulan puasa lagi niatnya nak makan kat sini tapi table asyik penuh. Dah pergi jalan – jalan kat The Curve hah terus menapak kat sini. Smiley face kat gelas tuuu sungguh la comel. Buat aku rasa nak cubit lelama. Wahahahaaa!

 

 

Time order tuu beriya aku kebulur cam 14 hari tak makan pape sampaikan nak order air tak halal weh! Nasib laa Selena Gomez ini pandai bab makan kat restoran yang ada air non halal. Entah cemana dia tahu pun aku tak tahu tapi orang macam aku ini, bila tengok air tropical jer mesti aku nak rembat laju – laju. Fuhhhh selamat weh! Macihhhh Cik Epal selamatkan aku dari tersalah order. Phewww lap dahi berkali-kali! Air yang diorder Speckled Lemonade dengan blueberry smoothie. Kalau smoothie ini memang bukan fevret aku lah tapi Cik Epal Gonjenggg yang punyee.

 

Makanan pulak aku terasa nak makan ayam jadi aku order Lt dan’s barbecue rib and chicken combo. Nampak sedapkan? nyum – nyum!

Bestnya kat kedai ini, aku rasa macam ada lampu trafik light. Ada hijau dengan merah maksudnya kalau kita nak panggil waiter, kena tukarkan kaler biru kalau taknak dorang ganggu.

Kaler merah ini, in case la korang nak tambah order ataupun mintak pape so dorang memang akan stop dengan cepat. Servis memang terbaik kerap jugak datang kat kitaorang.

Lt. dans Barbecue Rib and chicken combo! Memang Terbaikkkk! First time aku makan hidangan yang super duper marvelloussss! Ayam dia memang lembut dan tak muak rasa nikmatnya sampai ke hati! Melambung – lambung aku puji! Muahahahahaa.

Cik Epal punya order pulak Crazy Cajun Chicken. Haaa memang crazy pun sekali aku ngap dah naik muakkkkk. Muahahahahaa. Katanya Selena Gomez, dia order Crazy Cajun Chicken ini sebab taknak makanan yang sama dengan aku jadi ingatkan sedap. Memang tak sedapp weh! Tambah dengan air blueberry smoothie, nak telan pun rasa macam lekat kat anak tekak. Tapi dia punya bertanggungjawab taknak membazir, makan jugak perlahan – lahan. Kagum la weh dengan ko!

Time ini, muka Selena Gomez masih menunggu makanan dengan berselera. Datang Bubba Gump kalau dengan perut penuh memang takkan berbaloi. Tak larat nak habis sepinggan rasa nak pecah perut aku duk paksa makan sampai habis. haha.

Apa reaksi korang bila tengok gambar ini? Reaksi aku telan air liur berkali – kali. Gulp! Gulp! sambil perut aku berbunyi – bunyi kelaparan! Waarghhhhhh aku rindu nak makan stik ini weh! First time, aku makan stick yang teramat lembut, sedap dikunyah and rasanya memang aku taknak balik kalau tak habis makan. Banyak kali aku puji stik sedap, bila Selena Gomez makan pun, dia bilang sama aku SODAP GILAAAA!  Harus try lagi sekali ini. Huhu!

Dua kali aku pandang, dua kali jugak aku telan air liur. haha! Dugaan betul la malam ini! Aku sengaja tempek gambar stik lagi sekali biar perut korang sama – sama berbunyi macam aku. Muahahahahaaa! Dengan ayam plus Barbecue Stik, aku tak habis makan pun tapi sedap punya pasal aku suruh jugak Cik Epal habiskan. Tapi kalau nak cari stik terbaik, korang patut cuba kat Bubba Gump!

Aku kasi 9/10 bintang untuk menu kali ini. Thumb upssss!

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });