0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0


Selama berbulan aku tak balik Terengganu, akhirnya last minute punya plan  sampai jugak aku kat negeri tercintee. Ecehhh, mengada betul! Kahkahkah! Benda pertama dalam kepala nak carik kedai makan tapi sudahnya banyak sangat list, aku pergi aje kedai yang driver bawakkan. Lama sangat tak balik sampaikan semua makanan aku nak try nak singgah nak beli macam orang gila shopping padahal tak sedar diri tengah berdiet. Wuwuwuuuuu.

Kalau keluar dengan kawan – kawan mesti dorang dah faham sesangat dengan perangai aku mesti nak Nasikkkk! Dah nama duduk kat pantai Timur anak tekak aku mesti wajib makan nasi walaupun on diet. Dulu aku tak suka ikan tapi sekarang pergi restoran mesti carik ikan dulu sebelum pilih ayam. Kalau dulu, ikan tu pilihan last aku amek. Dah terbalik pulak sekarang!

Tapi part yang best bila dapat keluar dengan ni haaa kazen aku budak bernama Reen. Dah selalu sangat plan nak makan sesama nak jumpa bila balik tapi biasalah aku ni janji tinggal janji aje sudahnya. Abaikan muka aku yang kusam sebab baru lepas merempit dari kl agak poyo di situ tapi fokuskan pada kazen aku aje la ye sebab dia cantik. Jangan comparekan aku dengan dia sebab macam langit dengan bulan. Muahahahaaaa.

Apa kena mengena dengan lauk ni? Baidewey, lauk ni adalah untuk peneman aku yang sedang bina badan. Nasi yang sikit tapi protein yang lebih. Dulu aku bet Rm200 dengan dia tapi takde sape yang menang sebabnya dua – dua dah kurus. Tahniah sebab kau dah kurus tapi jeles bila tengok badan dia yang semakin fit dan tak boroi dah. Malas nak cakap depan – depan nanti tak larat aku nak tengok hidung dia yang non stop kembang kempis.

 

 

 

P/s: Semalam aku beli kepok lekor sampai beratus – ratus punya banyak. Hari ni kerja aku nak pergi hantar delivery pulakkk! Rajinnya aku sekarang. Kahkahkah!

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });