0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Waachaaa.

Woaaahhhh aku tempek muka sendiri kat depan biar korang semua muntah hijo kali ni. Entah mimpi apa aku terasa nak berjumpa dengan sorang kawan blogger yang kerap gila komen kat blog aku. Banyak kali jugak dia nampak aku kat event tapi tak menegur. Segan kata dia. Kalau aku retis takpe jugak tapi sekadar blogger di pinggiran aje. Wuwuwuuuu.

Ikutkan plan nak makan nasi ayam kat melati tapi janji melayu mana boleh pakai meyhhh. Petang sangat baru aku keluar nak jumpa dia sudahnya aku pergi wangsa walk aje. Dah lama tak menapak area sana lagipun dalam kepala hotak ni, sebut wangsa walk phewww banyak list kedai muncul depan mata.

Aku ni ada satu penyakit kempunan makanan. Isk! Isk! muda – muda dah sakit meyhhh gilo ke apa. Ehh bukan laa aku ni cuma kemaruk bab makanan aje biasanya aku suka makan banyak kali kat tempat yang sedap. Sebelum ni teringin nak makan laksa kat pavillion tapi kali ni mee bandung muor. Berbulan jugak aku cari kedai mee bandung best tapi menghampakan. Salu yang dapat mee bandung versi mee rebus. Kecewaaaaa woaahhhhh.

 

Dah selalu terkena mee bandung versi rebus tu, aku terpandang papan kedai kat restoran kunyah wangsa walk ”Mee Bandung Muor” terus hati aku riang gembira. Kali ni memang fes time aku rasa mee bandung kat sini terbaik meyhhhh. Kena dengan selera aku, makan sampai tak tengok kiri kanan cuma tak bestnya bila daging tu liat semacam sampaikan tengah aku gigit boleh terpelanting kat bawah kaki. Muahahahaaaa.

Menu ringkas air sirap aje sebab aku amek satu set tapi tengok aje laa kat kaler air tu dah buat anak tekak aku menjerit – jerit nak minum. Wuwuwuuu.

Punya besor selera aku sampaikan aku add on keropok lekor padahal time kat ganu takde nak pergi beli ke apa. Kemaruk sangat dah nampaknyaaaa.

Partner aku yang setia menemani Myravea tapi dia dah balik kedah. Sedihnya aku sorang – sorang dah kat rumah takde lagi teman yang nak bangun lambat sesama. Bila pagi mesti aku berlumba nak bangun lambat tapi selalunya aku yang kalah.

Ni laahhh blogger yang aku jumpa hari tu Yana Yassin. First time jumpa dia selamba badak aku bahasakan diri aku tak kira dah umur dia baper. Tak sedor diri sungguh diri tu dah tua. Macam biasa kalau baru jumpa blogger mesti orang fikir aku ni pendiam kat depan tapi cee kenal dulu lama – lama mau aku tak berenti bercakap jawabnya. Jenuh kaw nak melayan. Muahahaaaaaaa.

P/s: Nampaknya projek menguruskan aku sekali lagi failed!

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });