0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Seoul Garden nama yang awkward bagi aku tapi first time aku try makan kat sini sempena celebrate besday my bestfren tapi sedap punya pasal, aku singgah lagi sekali. Seoul Garden nih kiranya makanan ala korea tapi versi asia so citarasa dia memang perghhhh terbaik. Tempat aku pergi kali nih kat one utama dekat dengan rumah.

Kat sini semuanya layan diri makan sampai kenyang nak duduk berapa jam ohhh ikut suka hati kita. Seronok kan? Menu dia banyak daging dan ayam grill yang dahpun diadun dengan perasa cuma kita perlu pilih seberapa banyak kita nak. 10 pinggan? 20 pinggan? Mampu ker nak habiskan? Dari makanan mentah, nasi, sayur sehingga ke desert semuanya boleh pilih macam pilih baju kat shopping mall. Jakun pun ada bila banyak makanan aku jadi tak tahu nak makan apa. Kahkahkah!

Setiap meja dilengkapi dengan tempat untuk grill makanan mentah tadi. Aku amek tuh kiranya baru pemanas perut sebab meja pun kecik. Untuk side dish, dia ada bagi pilihan tambahan tomyam dan jugak chicken soup. Boleh pilih memana yang korang suka tapi aku prefer tomyam soup. Sedap meyhhhh.

Tak sampai 10 minit pun, daging tuh dah boleh makan. Wohooooooo terbaik!

Partner crime aku kali nih Nisa Kay. Sikit jek menu dia pilih tapi nampak dia banyak ambik udang dari daging. Beza Seoul Garden One Utama dengan tempat area Mid Valley tu, kat sini ada nasi dan menu dia siap berlabel. Senang nak pilih terutama bagi aku yang tak makan daging kambing.

Kalau harga mahal, mestilah makanan dia kena sedap dan yesss, kat Seoul Garden semua nampak sedap. Ice Lemon Tea tu pun aku refill banyak kali padahal kalau minum kat mamak, secawan pun belum tentu habis. Kalau korang rasa nak makan sedap dengan makanan worth it, Seoul Garden memang tempat yang sesuai untuk korang pergi.

P/s: Next time aku nak try kat Full House la pulak. Orang cakap macam best so patutlah mencubakan. Ada sesape nak ikut tak? Wuwuwuuu.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });