0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Janji untuk keluar bersama kazen macam dah jadi rutin setiap kali balik Terengganu. Ekceli balik ni pun tak dirancang last minute punya call dari family. Seharusnya aku kena pergi nun genting sana tapi apa pun family perlu diutamakan. Menunggu dua jam katanya baru la aku muncul dalam Kopitiam Uncle Chua. Sorry ye kazen tadi kebetulan kebizian membeli barang.

Uncle Chua Kopitiam nih kiranya kali pertama aku jejakkan kaki. Baidewey, balik Terengganu kalau nak keluar makan mesti aku blur sebab tak banyak pilihan. Kalau setakat nak makan makanan bergoreng memang senang dapat tapi kalau makan nasi? Tak banyak pilihan meyhhh.

Aku duduk jek terus order makanan sebab dari pagi memang kosongkan perut tunggu kazen belanja. Nanti rugi pulak makanan tak habis, ye dak? Aku order air Ribena Apple tapi kan baru teringat tadi masa order sepatutnya ada hirisan buah epal kat tepi gelas tu. Ehh takde pun? Adik lelaki pulak order milo float. Nak gemuk katanya. Kahkahkah!

Pernah dengar nama Gong Do Chicken Rice? aku pernah tapi baru tadi. Kahkahkah! Tengok pada menu macam menarik so aku hentam saje janji nampak sedap. Rasa dia lebih macam ayam masak kicap. Boleh tahan sedap!

Sweet Sour Chicken rice nih adik aku yang order. Biasanya makanan fevret aku jugak tapi kali ni aku tukar selera dah kerap sangat makan menu sama. Nampak sedap meyhh!

Masa sampai roti nih aku ingatkan telur jek yang taruk dengan chicken floss tapi rupanya sekali dengan Roti Prata. Kazen aku yang order tapi nampak menarik aku makan jugak sikit. Dalam 3 order, dia yang belanja tapi dia jugak yang order paling sikit?

Menarikkan? Korang tau tak Roti Prata tu sebenarnya Roti Canai? Nama jek lain rasa dia sama jek. Apa sebab nama jadik Roti Prata tu pun aku tak tahu. Kalau korang tahu, share-share la kat ruangan komen.

Haaa tu dia kazen aku. Nampak sopan lagi sweet jek tambah pulak order paling ciput memang patutlaa badan dia menten tak gemuk. Aku pulak tok sah cakaplah sebulan melantak tak pasal berat dah naik 4 kg. Tak boleh jadi nihhh. Kena mulakan operasi kuruskan badan start esok. Wuwuwuuuu..

P/s: Baidewey, macih buat kazen aku yang sudi belanja makan kali nih. Next time aku belanja pulak ye!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });