0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Weuuheueee segan meyh tengok gambar zaman jaihiliah beberapa bulan yang lepas. Dulu aku gemuk tapi orang tak percaya. Sesaja tempek muka tak mekap masa dulu dengan fesyen ikut suka suki sendiri. Tergelak besar bila aku tengok balik gambar – gambar lama. Isk isk! Macam mana laa aku boleh ke sana sini dengan imej sempoi nan habis nihhhhhh. Kahkahkah!

DSC 1152 Tips Hilangkan Dagu Berlapis @ Double Chin

Haaaa hamek ko! Kemain kawan aku ziera zain gelak sakan dengan mata tak percaya nasib dia tak juling malam nih. Err aku sendiri pun tak percaya gemuk rupanya aku yang dulu. Aduiii gemuknya sayee! Malu kakak! Kahkahkah!

Zaman kegemilangan aku beberapa bulan lepas tapi time nih aku dah mula bertukar fesyen. Dari pakai t shirt dengan selipar jepun dah jadi feminin sikit. Takdelah nerd sangatkan? Haiyarkkk gemuk lagi!

Aku mula bertukar rupa jadi kurus dan bertukar penampilan masa bulan 11 tahun lepas. Sebulan selepas berjaya turunkan 7kg dalam masa seminggu. Bulan nih jugak aku belajar macam mana nak pakai contact lens. Tipulaa kalau aku cakap tak takut nak berubah sebab kawan – kawan dah biasa dengan penampilan serabai aku sekali nak menjadi lebih baik kita tak tahu apa orang akan mengata tapi aku tetap dengan usaha nak berubah.

Myra nih kiranya orang pertama yang ubah aku jadi seperti sekarang. Dia yang ajar aku beli baju ladies sikit, kasut tak ganas sangat dan paling penting nak mekap. Dulu aku mana suka mekap mesti keluar selamba dek dengan muka selekeh. Macih sesangat buat Myravea.

Gambar nih memang legend ahh bagi aku. Gambar kesayangan bersama Lisa Surihani tahun lepas. Time nih nampak tak rupa aku dah mula bermekap – mekap. Kahkahkah!

Orang kata nak berubah tak perlu drastik boleh mula perlahan – lahan. Memang susah nak buat tapi pekakkan telinga butakan mata jek. Janji kita selesa dan hapi apa orang nak kata belakang kira.

Nihhh gambar aku sekarang dalam bulan nih. Bukan setakat mekap dan baju aku ubah tapi rambut pun sama. Semua dah terjaga daripada dulu.

Nampak tak apa yang lain? Masa majlis Pra Tonton Adnan Sempit 2 kiranya first time aku pakai heel. Wooaahhh itupun nak bagitau tapi sebenarnya semuanya kenangan bagi aku yang dari selekeh menjadi kepada lebih kemas. Jangan ditanya macam mana kaki aku berjalan masa pakai heel huii kekok gila kot belum lagi melecet kat celah jari kaki. Habis jek tayangan, aku cabut heel lepas tu berlari laju – laju dalam sunway pyramid. Wooo hapi gila!

Gambar aku setelah berjaya kuruskan badan ke tangga 40kg++. Selama bertahun aku memegang berat 50kg++ kali nih aku berjaya menarik nafas lega sebab dah boleh kurus dan paling penting tak nampak gemuk. Kahkahkah! Nampak senang proses nak kurus tapi sebenarnya semuanya pada usaha dan niat kita. Kalau setakat nak kurus kat mulut, aku rasa 10 tahun lagi pun belum tentu boleh kurus.

P/s: Kurus vs gemuk nih bukan pada pemakanan jek tapi bergantung kepada persekitaran, emosi dan juga senaman. Ketiga elemen nih penting tapi kalau korang rasa susah, aku pun tak mampu nak tolong korang. Jangan putus asa sebab kalau betul kita nak kurus, kena yakin pada diri sendiri. Chayok3!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });