0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Bulan puasa ni mesti ramai yang cari Buffet Ramadhan 2012 terutama mereka yang nak berbuka puasa bersama family. Kali ni buffet ramadhan yang best dan sedap aku pernah makan di Utara Coffee House, Armada Hotel, Petaling Jaya.

Apa yang best buffet ramadhan kat Armada Hotel? Haaa dengan bertemakan Sinar Ramadhan Al Mubarak, lebih 100 hidangan disediakan daripada makanan tempatan dan tradisional sehinggalah makanan barat. Macam – macam meyhhhh! Sebelum meneruskan dengan pilihan makanan, aku harap korang bersabarlah ye kena telan air liur berkali – kali. Gulppppp! 

 Bermula dengan desert dulu kalau ikutkan memang penuh satu meja dengan pelbagai variasi kuih muih.

 Tak dilupakan pelbagai jenis kuih tradisional melayu

 

 Puding pun ada

Tak lengkap bulan ramadhan tanpa kerabu

Selain kerabu sebagai penyedap rasa, lemang dan ketupat antara menu utama di Utara Coffee House. Kalau ada lemang semestinya ada serunding.

 Menu utama Armada Hotel, ayam masak merah, Hati lembu masak berlada, pucuk paku masak ikan masin, Kambing masak merah, daging masak serai, Ikan Pari masak asam pedas, rendang udang utara, Sup tulang rawan, otak – otak, dan siput sedut masak cili padi. Haaa banyak gila menu dia sampai aku tak termakan semua nak masuk perut tapi tak muat. hikhik

 Satay pun ada

 Lauk pauk yang aku makan di Armada Hotel. Kuantiti yang sikit sebab aku simpan perut untuk rasa semua makanan yang ada. Ikutkn nafsu makan semua aku nak sampaikan tak tahu nak isi kat mana dah punyalah kenyang. Memang berbaloi kalau korang nak makan sedap dengan rasa yang sama seperti masakan kampung.

Harga ramadhan buffet 2012 di Utara Coffee House ini dari RM85.00++ per person bermula 23 Julai 2012 – 18 Ogos 2012. Selain korang boleh makan dengan penuh nikmatnya, Hotel Armada ada buat contest di Facebook Armada Hotel dengan hadiah bernilai Rm500 shopping vaucer. Perghhhh boleh shopping raya meyhhhhh.

Maklumat Lanjut;

Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya,
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, 46200 Petaling Jaya
Tel : 03 – 7954 6888 ext 4557

 

P/s: Kalau korang nak tengok lebih banyak menu, bolehlah masuk sini ye. Selamat berpuasa ye semua. Heeeeeeee.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });