0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Cara Mengurangkan Bau Kentut Yang Busuk

Salam..

Wahhh aku nak menaip pun dah tergelak terbahak – bahak tapi dalam hati jekla nanti kawan pelik pulak kalau aku gelak macam hantu dah tengah malam buta. Semua orang akan kentut dalam sehari cuma bau busuk atau tak, bergantung pada individu. Kali nih aku nak share cara nak mengurangkan bau kentut yang busuk. Ada ker? Jemputlah baca dulu ye!

Kentut nih merupakan  gas yang disingkirkan daripada rektum. Kentut dibawa ke rektum melalui proses peristalsis yang menyebabkan najis turun dari usus besar. Bila kentut mesti berbunyi kerana punggung tertutup ataupun disebabkan oleh getaran sfinkter dubur. Itu bahasa sains la kan.

Gas yang dibebaskan semasa kentut mempunyai bau yang kurang menyenangkan.  Bau kentut juga mengikut pemakanan kita dan mungkin disebabkan kehadiran sebilangan besar bakteria mikrofloria jugak kehadiran najis dalam rektum. Ada kes di mana mereka yang suka menghidu bau kentut sendiri mati disebabkan oleh gas yang dilepaskan. Jadi, kalau nak kentut lepas nih sila kipas laju – laju. Kahkahkah!

Cara nak hilangkan bau kentut adalah dengan mengambil probiotik seperti yogurt iaitu kultur hidup yang berguna dalam mengurangkan kembung perut selain mengurangkan bau tetapi tidak menukar baunya menjadi wangi. Kalau nak kentut wangi, korang mungkin boleh menggantungkan 1 botol minyak wangi di bahagian dubur.

Suplemen enzim pencernaan juga membantu mengurangkan jumlah angin yang disebabkan beberapa komponen makanan yang tidak dicerna oleh badan dan seterusnya menggalakkan tindakan mikrob dalam usus kecil dan besar. Suplemen nih korang boleh carik kat farmasi mana la tau nak kurangkan bau busuk kentut tu iaitu enzim alfa-galaktosidase, laktase, amilase, lipase, protease, sellulase, glucoamylase, invertase, pectinase, dan bromelain.

P/s: Orang kata sesapa yang kentut dengan kuat tuh adalah orang yang konfiden. Ehhh betul ker? Kahkahkah!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });