0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Cara Mudah Kurangkan Kolesterol Jahat

Salam..

Korang tahu tak, kadar kolesterol jahat dalam badan dapat dikurangkan sebanyak 10-20 peratus dengan hanya mengubah pola pemakanan? Macam mana, jom baca sampai habis ye.

Banyakkan mengambil makanan yang berkolesterol rendah seperti kacang soya, kacang merah, tauhu, tempe, gandum, buah buahan dan sayur sayuran.

Ambil oatmeal setiap kali sarapan kerana oatmeal ni sememangnya dah terbukti boleh menurunkan kadar kolesterol dan sekarang ni aku sendiri memang ambil oatmeal setiap hari untuk proses kurangkan berat badan.

Kalau korang suka makan telur, haa cuba gantikan dengan telur rendah kolesterol manakala yang selalu biasa dengan makanan berlemak, berkuah santan dan berkrim cuba ubah dengan menggunakan kuantiti minyak yang sedikit.

Last sekali, ganti penggunaan marjerin dan minyak yang kurang sihat dengan minyak yang lebih baik seperti minyak kelapa.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas