0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waaachaaaaa.

Bagi korang yang mempunyai bahu jatuh mesti akan ada sikit rasa rendah diri sebab bila pakai baju nampak tak berapa nak cantik.Tak kena dengan cutting yang sepatutnya nampak fabolous tapi semua tu boleh baiki kalau korang rasa nak bahu yang cantik laa kan. Aku nak tapi aku tak berapa nak rajin sangat. Wuwuwuuuu.

Ada beberapa jenis senaman nak repair bahu ni kasi up yang boleh korang praktikkan time free;

 

Dumbell side lateral raise  

Latihan ni untuk melatih otot bahu (isolation movement=gerakan yang hanya melibatkan 1 otot saja).


Dumbbell / Barbell press   

Latihan ini melatih keseluruhan otot bahu (compound movement=latihan yang melibatkan lebih dari 1 otot). Beban yang digunakan boleh diganti dengan barbell dengan arah gerakan ke depan dada (front barbell press) atau ke belakang kepala (rear barbell press / military press / press behind the neck).

 

Selain tips senaman menggunakan dumbell, aku bagi cara tradisional pulak versi aku sendiri yang boleh dipraktikkan kat rumah. Biasa aku buat regangan bahu ala ayam mengepak banyak kali ehem okay aku tahu korang gelakkan. Kemain noooo! Tapi selain regangkan badan, rajinkan diri buat push up dan cara last dan senang aku nak up kan bahu dengan macam ni;

Sejak aku beli canon 60D yang besar gedabak tu, ke hulu hilir aku usung walaupun beratnya seganda dari Nikon 3100 aku yang dulu tu. Dah kata suka pergi event, suka pergi shopping haaa aku bawak jugak walaupun bahu ni rasa nak patah. Rasa aja padahal macamlah pernah patah. Isk! Isk! Lenguh sebelah kanan tukor sebelah kiri sudahnya ada beberapa orang kawan aku tegur ”ehh bahu ko dah tak jatuh, apa ko buat” Itulaaah jasa camera aku yang super duper berat gila vavi ni. Muahahahaaaa.

Hobi aku suka berenang tapi aku tak rasa macam hobi pun sebab asyik bz. Weekend pun asyik keluar tapi bila aku over stress aku lepaskan kat dalam kolam. Berenang lama – lama sampai semput pastu phewww legaaaaa. Tapi orang kata berenang ni boleh buka bahu sebab kena guna tangan dengan kaki. Gila kaw kalau tak guna tangan mau aku lemas dalam tu. Muahahahaaaa.

 

 

 

P/s: Aku tengah plan nak repair gigi pulak lepas ni. Itu pun nak bagitau kan tak sedar diri sungguh. Wuwuwuuuu.

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });