0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Dua tiga hari ni kalau korang kerap skodeng blog aku mesti perasan kerajinan tahap gaban duduk menghapdet blog suam kuku nih. Dah lama sangat tinggal jadi bila dah mengadap tu macam – macam idea muncul dalam kepala. Sebelum ni, trafik aku mencanak sebab banyak JV fanpages dengan kawan-kawan tapi sekarang dah 3 bulan aku stop JV. Tak mampu nak jaga admin yang terlalu ramai so akibatnya trafik blog menurun. Runsing semestinya ada disebabkan blog merah aku nih mempunyai beberapa advertiser yang sanggup bayar untuk harga trafik yang aku sediakan.

Entri ni sekadar share untuk korang yang berminat nak naikkan trafik blog walaupun tak banyak tapi sekurangnya kita berusaha. Sejujurnya time aku JV page dengan kawan, sehari trafik blog penmerah.com mencecah 30k-40k sehari. Time tu aku JV dalam 6 fanpages yang nilainya dalam 4Million. Of courselaa trafik mencanak ye dak? Tapi baru – baru ni advertiser mintak trafik aku untuk dorang tentukan harga bagi 1 post dan mula lah hati ni gundah gulana. Takkan aku nak JV lagi? Oh tidak! Penat kot kalau hari – hari nak kena pantau admin page! Boleh gila dibuatnya.

Cara aku naikkan Trafik Blog;

SEO

Ikutkan, dah lama benor aku tinggalkan dunia SEO. Dulu rajinlah kejap time dengan blog darkbatman.com tapi setahun selepas bermain seo walaupun 4 bulan tak hapdet, haaaaaaaa trafik sehari mencecah 3k-4k. Tapi untuk blog penmerah, aku memang tak berapa nak main seo sangat cukup sekadar suam – suam kuku jek. SEO ni best tapi kena rajin tapi malangnya aku kemalasan. Apa nak buatkan bila dah mood kelaut macam ni lah jawabnya. kekeke!

Tajuk entri

SEO dah tak boleh ambil kira so apa yang aku buat adalah menghasilkan entri yang berkualiti untuk tarik trafik. Apa yang dinamakan entri berkualiti?Bagi aku entri berkualiti ni mempunyai content yang menarik untuk user baca dan share di facebook! Kat google tu ada beribu content yang korang hanya perlu fikir dan search sebenarnya tapi kena smart. Contoh yang aku baru postkan tadi 9 Nama Anak Syaitan pluss TAJUK memainkan peranan penting dan pastikan tajuk yang korang buat tu menimbulkan rasa ingin tahu pada reader. Dorang klik kerana PERASAAN INGIN TAHU.

Gambar

Kalau dulu seringkali blogger akan fikir ohhh kena gambar seksi baru post laku macam goreng pisang. Bersihkan minda korang ye! Setiap kali nak post gambar untuk entri blog, first sekali aku akan letakkan diri aku ni kat tempat reader. Bukan apa, tak seronok kalau dilabelkan sebagai syok sendiri ye dak? Selalunya aku akan pilih gambar yang cantik, kelakar dan nampak menarik untuk orang BACA! Alaaaaaaaahhh macam remeh jek kan tapi ramai yang abaikan benda remeh ni dan banyak kali ulang benda sama kat aku. So kali ni nahh untuk korang baca lepas ni taknak ulang dah. Ecehh macam cikgu jek!

Short Content

Short Content ni antara yang penting untuk menarik reader terutama bila korang post kat fanpages takpun group blogger. Aku mula belajar pasal short content ni bila tengok fanpages MyNewshub. Tak nafikan Mynewshub punya short content sangat bagus dan aku sendiri pun terikut cara dorang plus terbukti menjadi. Cuma korang kena rajin membaca isu yang nak dikeluarkan dan menggunakan kretiviti sendiri untuk hasilkan Short Content yang menarik. Contoh ada kat bawah tu untuk korang tengok. Cuba lah ye kalau rajin!

Masa

Setiap kali nak ping post kat group atau fanpages, paling penting korang tahu masa yang ramai orang online. Macam aku pilih waktu tengahari, petang dalam pukul 3-5 dan malam pukul 8-10.  Kalau dulu pukul 12 malam tapi sekarang ni ramai yang kurang online waktu tengah malam. Tak perlu lah nak post setiap jam cukup korang set masa yang penting jek.

Ping

Ping ni selalunya kalau untuk SEO aku pilih Pingoat, Pingler dan busuk sebab mudah nak masuk google. Tapi untuk cara manual trafik, korang boleh join group blogger dan fanpages. Kalau group blogger kalau tak silap lebih kurang 40 group yang ada sekarang ni cuma korang kena pilih group aktif. Kalau untuk fanpages pulak, sekarang ni ada banyak fanpages yang menyediakan tempat sewaan dengan harga serendah Rm50 sebulan. Ada yang bagi korang post sejam sekali dan bergantung kepada owner fanpages. Tengok kepada income yang korang dapat dari blog dan cuba gunakan sebaik mungkin.

Kalau aku ditempat korang, sewa fanpages dan hasilkan fanpages sendiri dengan belajar buat aplikasi untuk naikkan LIKE fanpages. Dengan belajar aplikasi ni, korang boleh buat pelbagai fanpages yang korang suka dan unlimited page tapi kena bijak dalam bermain apps ye takut nanti facebook banned! Wahhh ini sepatutnya menjadi rahsia personal tapi aku BONGKARKAN untuk reader. Alahhh kedekut ilmu tak ke mana pun nanti.

Semangat

Sepatutnya semangat ni kena duduk kat atas sekali. Dalam usaha nak kejar apa yang kita nak, semangat adalah PENTING. Tanpa semangat nanti yang tinggal panas tahi ayam jek. Macam mana aku berusaha naikkan trafik blog? Dapatkan 1M fanpages? Semuanya hasil dari semangat dan kritikan kawan – kawan. Kalau orang tak mengutuk, aku mesti malas nak berusaha. Terima kasihla ye pada yang rajin mengutuk aku tu. Berkat hasil kritikan korang berjaya jugak aku ni walaupun selangkah. Wahahahaaa.

Skodeng

Lepas dah bersemangat waja mesti risiko paling payah nak mentenkan kerajinan. Cara aku mudah jek setiap hari skodeng blog yang buat aku rasa tercabar dan dari situ semangat aku sentiasa ada. Blog yang membakar semangat tu semestinya blog yang jauh kedepan meninggalkan blog aku dibelakang. Sikap aku satu jek, tukarkan perasaan negatif dengki kepada aura positif dan dari situ kejayaan memanggil – manggil untuk bersama kita.Yang penting yakin dan jangan putus asa!

P/s: Kalau korang tak faham jugak, boleh tanya dalam komen bawah entri ni. Insyaa Allah aku cuba jawab ye! Dah berjaya nanti, jangan pulak lupa kat aku nih haaaaaaa. Baidewey, trafik atas sekali tu adalah trafik aku sehingga jam 11 malam tadi dan aku cuma ping hanya dua kali di fanpages 1M dan bukan lagi 4M. Hasil trafik yang sama walaupun bukan lagi ping di 4Million fanpages. Strategi! Strategi! Goodluck!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });