0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

shokudo japanese - armada hotel pj

Woaahhh murah! murahhh! murahhhhhhhh! Awww sukanya korang bila tahu ada jualan murah macam pisang panas masuk blog aku kan? hikhik. Baidewey, aku nak berkongsi dengan korang berita baik buat mereka yang suka dengan makanan Jepun sebabnya Armada Hotel ada membuat Yatta diskaun sebanyak 50%. Okehhh separuh hargaaaa woooaahh! Wavessssssss untuk Hotel Armada! 

Tapi diskaun ini hanya valid setiap hari isnin hingga sabtu pada pukul 12.00 pm – 2.30 pm saja ye! Hidangan yang bakal korang nampak ni boleh diorder dalam kedai Shokudi di Hotel Armada Petaling Jaya. Dah nak masuk bulan ramadhan haa mesti selera korang jadi dinosour nanti so apalagi kita cuci mata dulu sebelum laparkan perut korang kat dalam blog aku. Wuwuwuuu.

Ikan ini selepas diskaun boleh dapat Rm7.50++ jek. Murah dan berbaloi tambah pulak isi dia perghhhhhhhhh lembut yang amat.

Sangat menyelerakan..

Nama benda alah ni ikutkan Maisarah, dia sebut karipap. hukhuk! Karipap pon bole kan Mai? hikhik. Nama makanan unik ni Gyoza dan harga dalam Rm7.50 jugak. Gyoza ini satu set sekali dengan kicap sebagai penyedap perisa dan rasa dia sangat lembut macam murtabak pun ada.

Set ikan Salmon ini sebenarnya aku tak pernah try sebelum ni. Selera aku lain macam sikit dan kat Shokudo restaurant ni haaaa buat pertama kali aku try. Sedap rupanya cuma aku jek yang fikir tak sedap. Kahkahkah!

Tak lengkap hidangan jepun tanpa sushi kan? Ebi ko tu pun boleh tahan sedap dan kalau kat sini korang cuma perlu bayar 50% jek iaitu Rm5.00. Manyak murahhh wooaaahh.  ^-^

Makanan dalam kapal comel ini nama dia Shabu – shabu. Harga asal Rm38.00 tapi sekarang hanya RM19 saja. 1 kapal rasanya terlebih muatan untuk diisi sorang jek so dua orang dengan harga RM19 perghhhhhhhhhhh siapa nak bagi kan? Huiii rugi tak rembat peluang keemasan nih.

Dalam periuk steam tu korang pun tau ala steamboatkan? Dengan RM19 je, korang boleh rasa semua menu yang ditambah ke dalam steamboat tu. Berbaloi sangat meyhh!

Hidangan ni korang boleh makan untuk dua orang kiranya sorang Rm9.00 dan boleh pilih nak ayam ataupun daging segar.

 

Daging segar

Shabu yang dah pun masak dan buat pertama kali aku merasa Shabu yang sebelum cuma dengar nama jek. Rasa dia huiii tak perlu nasik pun dah cukup rasa best. Aku ni antara kurang gemar makan sayur tapi dapat shabu siap bertambah – tambah. hikhik.

Dalam banyak menu, Tori Katsu Don ni harga dia cuma Rm7.50 jek dan kalau korang suka makan nasik macam ni macam aku yang biasa layan kat Zanmai, haaaaaaa beza gila harga dia. Kalau kat sana pinggan kecil jek dah rm9.00 tapi kat Shokudo ni korang dah jimat Rm1.50. Selain harga, rasa dia tak muak macam kat restoran zanmai dan sangat mengenyangkan.

Sebagai desert ecehhh pandai jek buat desert padahal crips ayam ni atau nama jepunnya Tori Kaarage hanya rm7.50 untuk satu bakul dan sangat rangup.

Haaaa kemain hapi dapat rasa Tori Katsu Don. Biasanya kalau aku pergi mana – mana restoran jepun Tori Katsu Don ini antara hidangan wajib aku order. Rasa dia memang berbeza ayam pun takde rasa mentah macam restoran sebelum ni.

Waaaaa Puan Latifah Bee sedang mencuba rasa keenakan makanan Japanese dengan penuh perasaan. Punya dia suka dengan makanan Jepun ni, orang lain dah siap makan, tangan dia boleh lagi hinggap kat makanan. Hikhik.

Sebelum balik dengan perut yang kenyang, sempat bergambar dengan Chef yang menyediakan hidangan Jepun ni. Memang sedap terutama Shabu Shabu dan jugak Tori Katsu Don. Huii kalau laaa boleh tapaukan. Ehhh takpe next time boleh datang dah kata diskaun separuh harga ye dak? Kalau korang nak pergi makan kat Restoran Shokudo, detailnya;

 

Shokudo @ Armada Hotel,
1st Floor, Hotel Armada
Lot 6, Lorong Utara C
Seksyen 52
46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-79546888 ext 4547 (for reservations or inquiries)
Business Hours : 12pm-2.30pm & 6pm – 11pm (Monday to Saturday)
Website : www.armada.com.my
Facebook : www.facebook.com/HotelArmadaPJ

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });