0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Semalam aku pergi menonton wayang kononnya nak tengok Movie yang aku tunggu selama 2 minggu iaitu Haywire. Apa kebenda Haywire pun aku tak tahu sangat tapi bila tengok trailer filem aksi ala – ala tomb raider dengan Resident Evil, mesti aku teruja. Dengan tak sabar, aku siap mention kat kawan sebelah nanti filem nihhh wajib aku tengok. Perghhhh punya bersemangat waja makcik! Kalau movie perempuan cantik tapi scene fighting-fighting memang aku takkan lepaskan peluang nak tengok sampaikan menaruh harapan menggunung tinggi tapi semuanya HAMPEHHH! 

Gina Carano in 'Haywire' (Review)

Meh baca sikit sinopsis dia;

Beautiful freelance covert operative Mallory Kane is hired out by her handler to various global entities to perform jobs which governments can’t authorize and heads of state would rather not know about. After a mission to rescue a hostage in Barcelona, Mallory is quickly dispatched on another mission to Dublin. When the operation goes awry and Mallory finds she has been doublecrossed, she needs to use all of her skills, tricks and abilities to escape an international manhunt, make it back to the United States, protect her family, and exact revenge on those that have betrayed her.

Aku bagi contoh gambar nihh. Nampak muka dia conteng – conteng kiranya ala army mesti korang budget banyak aksi pertarungan? Well, dia berlawan cuma dalam rumah dengan 2 orang penjahat dalam gelap tak nampak sangat aksi bertarung lepas tu habis. Kecewa? Sedih pun ado! Kahkahkah!

Trailer filem Haywire nihh bagi aku memang membantu penonton nak tengok kat wayang sampaikan aku pun boleh TERTIPU. Sejam pertama sarat dengan flashback dan menyedihkan bila aksi pertarungan tak berapa nampak real sangat. Aku layan jugak sebab ada beberapa part dalam trailer nampak macam menarik tapi semuanyaaa MEMBOSANKAN. Huhhh mengeluh berkali – kali boring punya pasal.

Paling tak boleh blah scene berlawan dengan dua tiga orang aje. Dah lawan lepas tu aksi berlari macam dalam games counter strike? Sumpah BOSAN! Bukan aku bosan sebab aksi berlari tapi filem ini nampak macam filem penuh aksi tapi semuanya lebih kepada plot cerita yang kosong dan mendatar.

Kekuatan dalam filem ni lebih kepada Heroin Mallory Kane yang berusaha melarikan diri dari pihak atasan yang mengkhianati dia sewaktu melakukan tugasan di Barcelona. Tapi semua plot aku rasa tak sampai sebab banyak jump dan mengelirukan. Paling buat aku tak boleh nak terima ending dia sangat lousy gila! Dari sorang ke sorang Mallory Kane kejar sehingga part sampai ke rumah Antonio Banderas, dia cuma melompat dari belakang dan HABISSSS? Okehh, habisss dengan aku yang terpinga – pinga, blur, tak tahu siapa yang jahat, kenapa dia cuma melompat lepas tu habis?

P/s: Moral of the story, baca la review dulu sebelum pergi menonton wayang. Aku rasa filem Azura yang cliche sangat tu pun jauh lagi best dari Haywire nihhh.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });