0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Waahhh kat depan entri aku tempek gambar Alfredo Spaghetti yang aku makan kat Restoran Fullhouse Sunway Giza, Kota Damansara. Sebelum nih aku pernah pergi kat Sunway Pyramid tapi kali nih sebab kempunan pasta dia dengan rajinnya aku menapak lagi sekali. Mana pergi diet aku? Okeh, diet aku hancur hari nih. Kahkahkah! Mulanya nak pergi kat One Utama tapi ehhh takde. Giza pon bole! 

Aku order Alfredo Spaghetti siap ada ayam dan mushroom dengan sos dia perghhh perghhh pekat gila! Makan separuh jek dah buat perut aku kenyang. Nikmat dia memang tak boleh nak compare dengan mana – mana spaghetti kat tempat lain. Harga pun tak sampai Rm20 lebih sedap daripada Kenny Roger dengan Secret Recipe.

Kalau tengok luaran restoran ni, mesti korang fikir takut nak masuk sebab nampak gah semacam. Memula tu aku pun fikir benda yang sama tapi nak try punya pasal, redah jek. Rupanya takdelah semahal kat restoran Theobroma dengan Tgi Fridays. Makanan pun lagi sedap!

Lately, aku lebih suka order lime juice. Alaaa air versi limau nipis tu tapi rasa masam lebih sikit daripada biasa. Yang dalam teko putih  tu air crime partner aku. Kemain dia order herbal tea kot? Aku lupa laa sebab tak sedap jadi otak aku susah nak ingat. Pahit gila sesuai untuk orang demam kata dia.

Crime partner aku order tu haa Lamb chop kot? Aku pun lupa nak tanya dia. Kalau menu lamb aku kureng sikit sebab orang tua kata kalau banyak makan daging kambing nanti mudah darah tinggi. Cepat boleh penyakit free! Eceh, macamla pandai sangat nak jaga kesihatan.

Nampak menyelerakan tapi aku tak makan sebarang bentuk daging bernama lamb melainkan aku tak tahu nama dia Lamb. Kalau termakan, memang aku buat – buat tak sedar la. Kahkahkah!

Abaikan muka aku yang tak mekap tadi. Kalau setakat pergi makan, aku malas sikit nak mekap melainkan ada event berselang baru sibuk nak touch up muka. Layankan jekla muka tak bermaya dari aku. B ibir pun nampak pucatkan? Wuwuwuuu.

Sebagai menu last tadi, aku order fried chicken wing sebab nak gabungkan dengan Alfredo Spaghetti yang aku tak fikir ada banyak ayam dalam tu. Rugi pun ye jugak sebab aku order 6 ketul tapi tak habis. Perut perempuan besar mana la sangatkan? Nafsu makan jek yang lebihnya.

P/s: Aku suka gila dengan suasana dalam restoran nih nampak macam eksklusif dan tenang jek. Nak makan pun rasa senang hati takde gangguan luar.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });