0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Gambar Kucing Parsi Comel Kebosanan l Junior Si Gemuk

Salam..

Berbulan lamanya aku sepi dengan entri kucing. Satunya sebab kucing kesayangan bunuh diri dengan terjun dari tingkat 17. Seharian aku terdiam, seminggu jugak aku teringat sampai sekarang pun aku masih tak boleh nak lupa. After all, aku harap si bella akan beranak lagi lepas ni. Kali nih aku nak share kucing yang bernama Junior.

Umur dia dahpun 11bulan kiranya bulan depan genaplah setahun

Aktiviti di malam hari? Junior aku suka beristirehat kat tepi beranda tapi alhamdulillah selama 11 bulan takde lagi cubaan membunuh diri kecuali Xaarel Jr.

Apa yang dia pandang? Aku pun tak tahu tapi sebab tu la kot cicak pun tak berani nak masuk dalam rumah.

Bulu Junior ni tak sama macam Socky dan Romeo. Nampak macam gemuk tapi sebenarnya bulu jek yang lebih sebab berat sama dengan lagi seekor aka Socky. Masalah kucing bulu tebal ni satu jek cepat bergumpal terutama bila dorang suka melepak dalam bilik air.

Hi Romeo. Kitee Junior!

Dua ekor ni memang suka bergurau dalam rumah sampaikan bulu banyak melekat kat sofa. Walaupun Junior gemuk tapi dalam 3 ekor, dia yang paling aktif melompat sana sini. Tapi behave jugak sebab melompatnya time aku mood tengah baik macam tau jek kan?

Uniknya Junior sebab dia suka sangat silang tangan bila berehat. Haaa apa ingat kita jek tahu bersilangkaki? Kucing pon pandai meyhh. Mana dia belajar, aku pun tak tahu.

Lagi sebulan rasanya dah boleh aku hantar pergi mengawan. 3 ekor semuanya betina lepas ni dah boleh buka petshop nampaknya. Wuwuwuuu..

 

 

P/s: Kalau dulu aku kerap bagi dorang makan banyak sudahnya korang boleh nampak muntah bulu kat atas lantai. Bila kurangkan portion, muntah tu berkurang jadi sekarang aku biarkan dorang berlapar sampai malam. Maksudnya ada timing untuk waktu pagi dan malam tak boleh bagi makan ikut suka suki jek ye!

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });