0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Girls, Mantapkan Skill Korang! Bukan Sekadar Study..Nak Tahu Kenapa? Jom Baca

bacaa

Ini merupakan satu pesanan dari seorang wanita kepada gadis-gadis diluar sana yang baru ingin menempuh perjalanan hidup sebagai seorang wanita yang penuh ranjau.

Pesanan ini memang bagus dan diharapkan para gadis di luar sana dapat membacanya.

Jom baca:

Assalamualaikum :)

Aku seorang isteri dan ibu berusia around 30-an, bekerja swasta, pendapatan keluarga sederhana tapi selesa. Hutang macam biasa;- ada hutang belajar, personal loan, hutang kereta, rumah on the way nak beli, hutang kad kredit, etc.. Basically hidup kitorang takde la tertekan dengan harga barang naik ke apa, biasa2 je.

Apa yang aku nak share kat sini, untuk girls, especially yang tengah sekolah ataupun tengah kat U. Aku harap sharing aku ni dapat membantu.

Point aku ialah, mantapkan skills korang. Bukan sekadar study, tapi pandai skill2 lain seperti berniaga, seni, muzik, jahitan, masak, buat kuih, tarian, repair kereta, IT, graphic, design, interior, bertukang, buat handmade items, dan sebagainya.

KENAPA?

Sebab akan ada point dalam hidup korang, lepas kawin, korang ada terasa nak duduk rumah jadik housewife. Muahaha. Ni betul ok! Aku tanya ramai member2 aku, baik yang single mahupun double atau triple (yg ke-3 tu, anak, bukan madu), kalau diberi pilihan, diorang nak duduk rumah, kemas rumah, masak, husband balik sambut kat pintu dengan lantai berkilat + air nescafe kat tangan + lauk pauk dah terhidang atas meja bawah tudung saji, dah pakai cun2 and muka dah mekap.

Dan jugak rumah yg cun melecun macam dalam pinterest ala2 style matsaleh gitu.

Kalau kau keje & laki kau keje, walaupun laki kau rajin menolong, balik umah kalau boleh ko nak makan tido je. pinggan esok la basuh.

Dan bagi yang dah menjadi ibu, akan teringin nak besarkan anak depan mata. The first 2-3 years pun jadik la. Pastu anak dah bole masuk taska.

Jadik housewife bagi yang dah ada anak tak mudah ya, lagi2 yang anak melekat atau anak ramai. Silap-silap time husband balik keje baru la ko ada masa nak mandi.

AKAN TETAPI,

Kita sanggup, dan ada nikmat kat situ even though kita rasa penat atau ketinggalan dibandingkan career women yang lain; sebab tu ramai ibu-ibu muda after beranak, diorg berenti keje sekejap jaga anak.

Satu lagi, kalau kau tak keja, bila mak ayah atau mak ayah mertua sakit atau ada masalah, kau boleh jaga diorg sekali.

OKEH BERBALIK KEPADA POINT AKU:-

Selain study, make sure korang start belajar menjahit, memasak, melukis (kalau minat), dan benda2 kreatif yang lain. Ia mungkin membantu pada masa hadapan. Jangan jadik macam aku, aku kreatif, otak aku ada banyak idea, tapi masa muda aku bazirkan. Enjoy dengan kengkawan. Study tu memang study, grad dan kerja dengan cemerlang. Tapi masa lapang dulu aku bazirkan dengan tido, pegi merewang, jejalan ngan membe2, shopping & habiskan duit, tengok wayang seminggu lapan kali, something like that.

Enjoy ko memang kena enjoy sometimes sebab penat la kan ko study and keje, tapi jangan jadikan itu keutamaan hujung minggu. Set kat dalam diri ko ape skill yg ko nak mantapkan, cari idea, dan BUAT.

Sebab in case pada satu hari kau kena buang U atau kena buang keje, ko ada skill untuk hidup walaupun kau takde sijil. Ataupun ko boleh work from home bila ko decide ko nak jadik housewife.

Kau pandai menjahit, ko start ambil upah jahit baju. Kalau kau tak reti berniaga, ko start dengan ambil upah menjahit dulu.

Harap bermanfaat. Aku pun tengah berusaha jugak kembangkan handmade business aku slow2 , just so that 1 day aku dapat kerja sendiri. doakan aku dan famili :)

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });