0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Waaa akhirnya dapat jugak aku hapdet aktiviti makan di Restoran Sushi Zanmai, One Utama. Dah banyak aku pergi tapi lupa bawak DSLR jadiknya takdelah gambar setiap kali menyinggah sini. Eceh macam kerap jek kan? Baidewey, tak rancang pun nak pergi Zanmai sebabnya hari nak keluar tuh aku cuma fikir nak pergi tesco untuk carik barang kucing.

Aku tepon Siezuka nak ajak dia keluar terus pergi ambil Nisa Kay hoh akhirnya sampai kat tesco dengan aku yang selebet. Bayangkan dua orang nih pakai cantik bagai macam nak pergi shopping padahal dalam kepala aku nak pergi tesco jek pun. Sudahnya  menyesal bila perut lapar terasa nak makan Sushi. Nasib aku tak pakai selipar buruk. Kahkahkah!

Restoran Zanmai memang fevret aku sebab tak rasa hanyir sangat plus sushi dia sangat sedaaapppp! Aku bukan kaki Sushi tapi makan kat sini dah macam addicted pun ado! Memang tak rugi berbanding pergi makan kat Sushi King.

Crime partner Nisa Kay dan Siezuka

Aku order nasi apatah lupa dah nama dia. Complicated sangat nak ingat. Nak kata sedap tu boleh tahan tapi kalau korang datang sini untuk makan sushi better jangan order nasi nanti cepat kenyang.

Siezuka pulak order Garlic Fried Rice. Woaaah aku ingat meyhhh sebabnya nasi fevret aku kat sini. Dia cuma taruk telur tapi rasa dia macam ada udang dengan ayam. Ehh jauh pulak imaginasi aku. Wuwuwuu.

Ramen Beef nih Nisa Kay yang order. Kalau mee memang aku kureng sikit tapi sebenarnya bagus untuk kuruskan badan. Lately, diet aku memang hancur takde nak diet sangat. Aku makan ikut perut rasa nak. Bahaya sungguh tapi lepas nih memang siaplah kena diet betul – betul.

Ikutkan aku nak seat yang sebelah table ada sushi bergerak-gerak best sikit nak pilih sushi yang ada tapi dah dapat seat jauh nak buat macam mana. Order dalam menu book jekla jawabnya. Tak banyak pun yang kitaorang order cuma 2 pinggan jek. Kalau dapat seat best mahu berpinggan – pinggan disental. Kahkahkah!

See, tak banyakkan makanan yang kitaorang order. Alhamdulillah kenyang perut dapat makan kat sini lepas nih mahu 2-3 bulan baru aku datang lagi.

P/s: Restoran Zanmai punya harga kira standard sushi lain yang beza cuma lagi best dari sushi lain. Kahkahkah!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });