0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

IMG_0907

Waaaaaaaaa agak lama aku tak update pasal kucing. 3 minggu kebizian ke sana sini uruskan online shop dan event tapi minggu ni jadual aku dah slow down. Bolehlah luangkan masa dengan kucing kesayangan. Pejam celik rupanya oggy nih dah masuk 6 bulan umur dia. Badan pun semakin gebu dan besar tambah pulak oggy nih jantan haaa memang ketara perubahan tu.

IMG_0932

Nampak? Kalau yang tak tahu, oggy nih anak hasil Xaarel dan jugak Junior tapi peliknya warna dia tak macam ibu dan bapak tapi keluar warna Himalayan. Macam mana entah boleh tersesat? Bulu pun memang tak ikut genetik xaarel dengan Junior cuma muka jek sama macam Junior.

IMG_0933

Apa yang best pasal Oggy ni, bila dia nak marah dia takkan melawan. Mulut macam mengunyah banyak kali tapi badan stick tak bergerak walaupun dia tengah sakit hati. Nampak macam tu, aku lagi laaa seronok nak penyek-penyek dia. Perangai sebijik macam ibu dia, Junior. Kahkahkah!

IMG_0934

Kalau kita dukung takpun peluk, dia akan duduk diam jek kat sebelah. Aku pernah bawak oggy nih keluar pergi tepi kolam bawah condo rumah aku nih tapi sepanjang berjalan tu, dia sikit pun tak melawan. Diam jek bila aku peluk tak macam kucing aku yang lagi seekor, Romeo.

IMG_0931

Balik rumah, benda pertama yang aku nak tengok semestinya Oggy sebab dia mesti tunggu depan pintu takpun dalam cage. Haha! Sekarang nih, aku dah tak lepas sangat dorang ni kat luar sebabnya payah nak handle bulu yang terlalu banyak dengan aku yang asyik ke sana sini. Tapi tanpa dorang nih, mesti sunyi jek hidup.

P/s: Pening dengan romeo yang tengah On Heat setiap masa memanggil jantan. Dah 4 hari aku tak cukup tido asyik nak dengar dia menangis dari pagi sampai malam. >.<

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });