0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam

be

Wahhhh kemainkan korang mesti laju jek nak baca bila aku update pasal duit blog. Kacchiingggggggggggggg! Alaahhh apala sangat income blog aku nih nak dibandingkan dengan orang lain. Yang tengah rezeki masyuk tu mesti pandang sebelah mata jek. haha! Baidewey, ini hasil buffered earning sebanyak Rm1k dari nuffnang yang pernah aku story bulan lepas. 1k jek bukan 6k-7k macam orang lain. ngeh3.

Yess i know! Aku tahu ramai yang mengadu payahnya nak dapat earning dari nuffnang kalau tak dapat jadi talent. Aku pun sama income blog suam kuku walaupun fanpages 1M cuma mana yang boleh maximumkan, gunalah sebaiknya. Apa yang mampu aku share dengan korang kerapkan tukar survey dalam website nuffnang untuk tangkap buffered earning. Dah 2 tahun aku berblog, itu jek tips yang aku guna untuk maximizekan earning blog.

pmt

Seminggu ini trafik aku agak kurang konsisten memandangkan kebizian dengan kerja luar tambah pulak baru balik dari holiday. Walaupun holiday lama, aku tetap bagi komitmen berblog macam biasa cuma dah tak aktif macam dulu setiap hari tak update blog mesti kepanasan bontot nak update entri. haha! Sekarang ini, aku menulis bila aku rasa nak berkongsi dengan reader. Kepuasan tu lebih terasa daripada sebelum ini.

pmt2

Balik rumah tadi terus buka blog, godek website nuffnang haa benda wajib check trafik perghh 1k++ jek bila blog terbiar. Terpaksa aku panaskan enjin kejar trafik macam biasa. Alhamdulillah dalam 2 jam aku mampu kejar 10k trafik untuk maximizekan buffered earning yang ada. Keseronokan menjadi talent nuffnang adalah tak perlu nak kejar sangat trafik blog yang tinggi untuk dapat sponsored post tapi bagi blogger macam aku yang takde kelebihan macam talent perlu BERUSAHA SEHINGGA TITIK PELUH TERAKHIR untuk lebihkan hasil. haha! Tapi sebenarnya itulah kepuasan sebenar sebagai blogger! Semakin ramai reader semakin banyak ilmu kita kongsi.

Tapi 2 tahun bertapak dengan dunia blog, aku tak nafikan walaupun hanya blogger biasa, nuffnang tetap bagi sponsored post dan buffered earning yang banyak untuk blog penmerah. Terima kasih nuffnang. Bila aku update trafik mesti ramai yang ajak bertukar tapi payah jadi orang setia nih. Susah nak berganjak weyh! Sekarang aku berblog pun lebih untuk kepuasan dan berkongsi aktiviti yang ada mana yang mampu aku bagi komitmen, aku buat yang terbaik.

aasia

Sebelum ini risau jugak setiap kali update trafik mesti ada yang cakap ahhh bodek nuffnang. Menunjuk income yang ciput tapi antara sebab utamanya aku kerap update pasal trafik ini haa kat luar sana tu ramai advertiser yang membaca blog dalam diam dan aku tak nafikan ini antara tips yang aku guna untuk memikat advertiser luar untuk berminat nak bagi gadget free ker? mungkin sponsored blog sekupang ini untuk pergi obersea dan alhamdulillah rezeki tu datang tanpa aku harapkan. Peluang sentiasa datang bagi mereka yang tak pernah berhenti berusaha dan sentiasa melihat ke bawah.

Minggu depan aku akan terbang ke Macau dan semuanya DITAJA PENUH oleh Air Asia dan menjadi satu – satunya Blogger yang akan terbang ke Macau. Wallaweh! Terharu dan bersyukur dengan impian yang sebelum ni hanya simpan dalam diam. Rezeki dari Allah. Terima dengan terbuka. Alhamdulillah. Semoga aku menjadi insan yang sentiasa tidak lupa di mana aku berdiri dengan setiap rezeki yang dikurniakanNya. Amin.

P/s: Harap rezeki lagi satu dipermudahkan. InsyaAllah. Lagi 2 minggu jek. Usaha lagi! Hidup anak Terengganu! kahkahkah.

*Official Air Asia Blogger*

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });