0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaa..

Uhukk, aku rasa aku yang paling lambat update blog berbanding blogger – blogger lain yang pantas kilat dah up entri dari semalam. Tajuk bapak laaa panjang aku kena tulis. Kang aku letak sorang dua lagi tiga empat orang mau tacink dengan aku. Kali ini, plan berbuka puasa sepatutnya bersama Aizul Marcello tapi dia lak tak dapat datang so majlis berbuka puasa ini tetap aku teruskan jugak dengan rakan blogger yang sudi hadir.

Port yang paling cantik aku kebas rumah aie batman since rumah lebih besau, langsir lebih cantik tak macam rumah aku, nama jer condo, ray langsir pun aku tak pasang sampai sekarang dah nak berkulat dah langsir kat beranda tu. Alahhh kawasan rumah dia tu kan bersepah dengan retisss tapi dia pun dah jadik retis dahh sekarangggg. Tak sabau lak aku nak tengok filem 8 jam aka filem first aie batman berlakon. Retisssssss tuuuu dol! Eh ehhh dah terkeluar topik. haha.

Menu kitaorang memang simple habis kiranya makan jer apa yang ada dan desert sume tu aku main bedal kat pasar ramadhan Damansara Damai. Bukan taknak buat cuma aku tak sempat nak cari resepi jer nak masak – masak ini. Yela – yela aku mengaku aku tak pandai masakkkk. haha!

Lain – lain kuih muih semua aku beli sendiri kecuali Apam Polkadot. Dorang cakap apam ini memang terbaik tapi aku tak sempat nak makan, habes semua kena rembat dengan aie batman. Sampai ati makan tak hengat daku. huhu!

Tuuu dia pasukan penambah nasi yang berjaya diketuai oleh Linda. Seyesla beb, time ko tambah untuk kali ketiga aku dah ”sedap sangat ker nasi minyak tuu” dan masuk kali ke 4, aku ingat ko main – main nak tambah but accept de fact, ko memang the bestlaaaa”. Tak sia – sia aku ajak dia ini datang makan kat rumah aku so takdelah nasi basi macam tu jek. haha!

Dari sisi Cik Epal Gonjeng, Linda, Haku dan Nisa Kay. Amboii cik epal, lambat benor habis makan mesti sedap sangat tuhh.

Aku dan Nisa Kay

Aku dan Mickey Mouse. Cee korang tengok senyuman yuyu musa, jom kita praktikkan senyuman mickey mouse yang comel, kecikkan mata lebarkan mulut. haha.

Bersama Mickey Mouse, aku dan kanak – kanak ribena yang baru pegang kamera.

Linda, aku dan Yuyu Musa

Dah habess sesi makan, kitaorang lepak – lepak kat sofa sambil bergosip tentang dunia blogger. Dahhh jumpa retis blogger, of koss laaa topik hangat dibincangkan diketuai oleh Akmal Hilmi dengan tajuk entri ”Cara Nak Cek Dara” dan ”Cara nak Cek Teruna”. Lelaki seksi ini memang sempoi habis siap cakap camne nak cek teruna lelaki tapi mana boleh share sini. Pssttt secret n confidential lohhhh. huhu!

Psst dah habis makan – makan, semua terus heading to rumah aku untuk bergosip lagi sekali. Baidewey, aku memang hapi dengan dorang yang sangat happening malam tu dan untuk raya nanti, we all dah plan untuk buat jemputan rumah terbuka tapi kali ini specialnya, we are going to invite mor blogger yang available untuk beraya sama. Hopefully, nex gathering akan lebih seronok dan lebih meriah lagi.. woohoooo!

 

 

 

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });