0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaa..

makan

Ehhh makan lagi? Blog aku ini macam dah jadi segmen jalan – jalan sambil makan – makan pulak. huhu! Bulan pose semakin murah rezeki makan free. Kali ini, aku dapat peluang iftar di restoran Mek T, Puchong Jaya atas jemputan Churp Churp! Kalau dah namapun Mek, mesti dah tau dah samada Kelantanese atau Terengganese. Kuikuikui!

 

Tengok pada gambar makanan pun dah tau dah dari Terengganu tapi kedai Mek T ada special name sikit. Kalau nak makan kopok lekor nama dia Mek Lekor, Nasi Ulam Mek pulak diberi nama ‘’Menu Sihat Sokmo’’ atau lebih dikenali Nasi Kerabu, Nasi dagang aka nasi fevret aku pulak nama dia ‘’Beres Sokmo’’ dan kalau korang teringin nak makan laksam/laksa boleh order menu ‘’Laris Sokmo’’. Fuhh fuhhh panjang betoi! 

DSC_0141

Partner crime aku kali ini bukan Nisa Kay mahupun Cik Epal gonjeng tapi si aie batman. Maklumlahhh, aku belum daftar churpchurp lagi jadi aku pergi as a guess of darkbatman.com. Muahahahahaa.

DSC_0152

Kitaorang ini antara tetamu yang sampai lewat. Kali ini, bukan sengaja nak lewat tapi jalan jem gila vavi. Pukul 5.30 petang, aku dah keluar dari Damansara Damai tapi sampai area one utama jek, ya rabbi jem memang tak hengat. Aku dah berkira – kira berbuka dalam kereta sambil sempat kol gps paling cepat sape lagi kalau bukan Cik Lily Putih.

 

Berbekalkan Gps dari kereta plus Cik Lily, 15 minit after berbuka dalam kereta sampailaaa aku kat kedai Mek T. Tak sabar dol nak rasa masakan dari Terengganu.

DSC_0155

Sampai jer aku terus duduk sambil terjah makanan atas meja. 90% makanan kat Mek T ini sama dengan masakan Terengganu cuma ada beberapa kuih muih yang diupgrade oleh kedai Mek T. Kalau nak makan lagi, hanya kedai Mek T jer yang ado! Kuikuikui!

 

Sebelah aie batman tu, Hafeez Hamidon aka penyanyi kumpulan nasyid Unic. Dua hari sebelum tu, aku dah dengar dah nama dia Cik Epal duk sebut time kat Klcc masa nak tengok filem The Smurfs tapi aku tak tau rupa dia cemana. Jakun tak jakun, aku terus tanya Cik Lily, dia tu sape? Semua cakap retissss, terus aku tanya dia ‘’awak ada pergi premier screening masa kat klcc hari tu kan?’’ Nasib dia mengaku jadi aku tau laaa memang dia yang Cik Epal gonjeng maksudkan. Wahahahaha!

DSC_0172

Akak Jemah aka Viruspadu ini aku dah penah jumpa sebelum ini time vaseline event tahun lepas tapi masa tu aku malu – malu kucing nak berposing. Dalam diam aku admire dia dol! Suka tengok cara dia blogging tapi jumpa depan – depan lagi best. Nampak dia nya kelembutan tu lebih terserlah dari dalam blog. Kohkohkoh!

DSC_0191

Ceeramoon? Sape tak kenalkan blogger fofular aka adik akak Jemah. Aku kenal dia masa mula – mula berblogging time tu semua duk cakap pasal ceeramoon, blogger yang banyak bagi tips pasal widget blog dan kecantikan.

 

Setahun lebih bersama nuffnang, barulaaaa aku dapat face to face dengan blogger idola aku ni. haha!

DSC_0188

Dah abis sesi makan, acara kemuncak semestinya bergambar sebelum balik. Muka – muka churp churp yang setiaaaaaa. Muahahahaha! Actually, aku banyak terlepas aktiviti masa berbuka pose jadi time aku datang itu tunggu masa nak ngap makanan jekkk! Hebatkan timing aku sampai? Kohkohkoh!

 

Baidewey, owner kedai Mek T ini dimiliki oleh Tey Cindy yang jugak merupakan blogger nuffnang yang aktif. Aku kenal pun masa catwalk untuk wrangler hari itu. Dia ini memang peramah dan layan jer aku sampaikan kena refill 4 gelas nescafe ais pun cool jekk. Aku tak nafikan nescafe ais ponnn sedappp yoahhhh! Kohkohkoh!

DSC_0206

Baju biru dari tepi tuu merupakan retis paling laris masa berbuka pose baru – baru ini aka Fasha Sandha. Kohkohkoh!

 

Masa aku duduk dalam kedai Mek T, macam bese aku akan cari geng talibarut dulu dan kebetulan depan Fasha Sandha dengan CikLily Putih pulak kosong, terus aku penuhkan saf tanpa segan silu. haha! Dalam banyak meja yang ado, table kitaoranglaaa paling havoc dan paling kuat makan. Uhukk, hancur lagi diet aku kali ini. Muahahahahaa.

DSC_0193

Dia ini pulak duk sebelah aku time makan – makan tapi pendiam jek! Tak tahu lah aku malu ke hape tapi asal aku tanya geng talibarut je mesti dorang cakap retisss! Aku ingat dorang main – main rupanya betoi! Orang dok panggil dia dengan nama ‘’ayam’’ katanya berlakon dalam drama Juvana. Betoi ke idak, aku tak tahu since aku tak tengok tv. Jakunkan aku? Kohkohkoh!

DSC_0214

Kalau pergi event nuffnang, Cik Lily Putih memang kerap ado! Nasib ada dia, takdelah aku jadi pendiam tak tentu pasai. haha!

DSC_0215

Gambar – gambar yang ada muka aku ini pun, Cik Lily yang tolong snapkan. Macihhhh banyak – banyak!

DSC_0221

Aku tengok time nak balik tu, ramai jer bergambar dengan Hafeez Hamidon, jadi aku pun turut sekali nak berposing sama penuhkan list bergambar. Haha!

DSC_0224

Selama aku bernuffnang, masa ini kali pertama aku bergambar dengan Michelle Teh. Baidewey, aku dapat invitation pun dari Michelle dan hopefully, kalau ada event churp churp untuk masa akan datang, Michelle akan ingat aku lagi. Perasan macam orang penting lak kan? Kuikuikui!

 

 

Psst: Sekarang ini aku rasa aku dah mula sayang kat nuffnang dan Churp Churp.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });