0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Ini Jawapan Google Apabila Padam Palestine Dari Google Maps

palestine

Memang mengejutkan ramai apabila Palestin telah dipadam oleh pihak Google dalam aplikasi Google Maps.

Tindakn ini telah menyebabkan jutaan penduduk dunia marah termasuk dari kalangan bukan Islam sekaligus terdapat pelbagai bantahan yang dibuat kepada pihak Google.

Ada yang membuat petisyen meminta nama Palestin dinaikkan semula selain terciptanya hashtag #PalestineHere yang menjadi trending di laman sosial untuk menyatakan sokongan kepada negara Palestine.

Malah ada yang mula memboikot Google dan bertukar kepada enjin carian yang lain.

Ekoran perkara ini menjadi semkain serius, pihak Google dalam satu kenyataan telah menjawab mengenai memberitahu bahawa tidak pernah ada label bernama ‘Palestin’ dalam Google Maps sebaliknya hanya menggunakan Gaza dan Tebing Barat.

Ini komennya:

“Namun kami telah mengesan ‘bug’ (kesilapan) atau pepijat dalam Google Maps, dengan label ‘Tebing Barat’ dan ”Gaza’. Kami sedang berusaha segera untuk mengembalikan label tersebut di kawasan itu,”

Berdasarkan kenyataan itu ternyata nama Palestin sememangnya tidak pernah dilabelkan dalam pemetaan Google Maps tetapi yang ada ialah nama Gaza dan Tebing Barat bersebelahan dengan sempadan yang dilabel Israel. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });