0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Punca Kebakaran Kedua Hospital Sultanah Aminah Berjaya Dikenalpasti

pen-bakar

Kebakaran kedua telah berlaku di Hospital Sultanah Aminah sebentar tadi.

kes kebakaran ini berpunca akibat percikan api yang tercetus selepas soket di dewan bedah terkena air.

Insiden yang menyebabkan kepulan asap di dewan bedah itu memaksa kakitangan dan pesakit dipindahkan.

Kakitangan di hospital itu berjaya menghalang api daripada merebak.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata polis terpaksa menutup bahagian tertentu di bangunan utama sejak Selasa apabila kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ini kenyataan polis:

“Percikan api berlaku kira-kira 1.50 petang apabila air dari kerja pembersihan di aras dua terkena soket di bilik bedah yang terletak di aras satu.

“Percikan itu menyebabkan asap keluar tetapi tiada kecederaan dilaporkan akibat tindakan pantas kakitangan hospital terbabit,” 

“Kami menutup bangunan utama selama 24 jam atas sebab-sebab keselamatan,”

Kebakaran kedua ini berlaku di unit dewan bedah hospital tersebut. Orang ramai dan kakitangan dilihat telah keluar ke tempat selamat setelah loceng kebakaran berbunyi. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });