0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Isteri Hampir Dilarikan Lelaki Ketika Tunggu Suami Dalam Kereta Tak Berkunci

Isteri Hampir Dilarikan Lelaki Ketika Tunggu Dalam Kereta

tunggu

Seorang isteri yang sedang menunggu suaminya berurusan di bank, mengalami satu pengalaman menakutkan yang patut dijadikan pengajaran oleh orang ramai.

Wanita bernama Nabila ini telah menceritakan detik cemas yang melanda dirinya semalam apabila hampir dilarikan oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di dalam kereta yang tidak dikunci.

Ini kisah yang berlaku:

Peristiwa petang tadi, pengajaran dan peringatan buat semua, pastikan lock kereta walaupun sekejap mana pun meninggalkan kereta, lagi-lagi dengan keadaan enjin hidup.

Saya masih trauma dengan peristiwa di mana saya hampir dilarikan oleh orang yang tak dikenali.

Allah masih sayangkan saya di mana saya sempat menjerit pangil husband yang berada di dalam bank, tragis sikit la sebab ada adegan terseret di pintu sebab nak rampas kunci.

Alhamdulillah, kuasa jeritan bekas koperal kadet polis ni dapat tarik perhatian orang ramai untuk tolong, penjenayah berjaya ditahan, skali dengan kereta pun kena tinggal di balai…huhu

Sekarang still trauma dengan lebam-lebam di badan yang confirm tak daapt tidur la malam ni…

Husband lebam teruk kat tangan atas usaha nak lunyaikan penjenayah..tak pernah tengok husband mengamok sedemikian rupa…ingat ya semua! Dulu saya selalu baca kes-kes mcm ni kt fb…sekarang saya alami sendiri…beringat sebelum kena

Jadikan pengajaran kepada semua. Yang penting ketika menunggu dalam kereta, kita hendaklah sentiasa mengunci pintu itu. -PENMERAHDOTCOM

Ini gambar kejadian:

jenayah-1

jenayah-2

jenayah-3

jenayah-4

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });