0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Alhamdulillah bulan puasa ni rezeki berbuka puasa nampak memberangsangkan dan kali ni, aku berbuka puasa di J.W.Marriot Hotel. Hotel yang ternama dan kalau tak tahu harga mesti gerun nak pergi berbuka kat sana ye dak? Tapi sempena bulan puasa yang mulia, harga sebenarnya jauh sangat berbaloi-baloi. Sebelum aku bagitahu harga, apa kata korang tengok dulu antara menu yang best kat J.W.Marriot Hotel.

Tempat berbuka puasa open air di tepi kolam dan jugak kat dalam. Nampak sangat selesa dan tak sesak jadi nak berbuka puasa tu rasa tenang jek. Heeee

Makanan pulak di susun dalam dua bahagian iaitu sebelah kanan ada menu kuih muih, satay dan sup manakala sebelah kiri pulak tempat untuk nasi dan lauk pauk. Tersusun dan tak perlu nak berebut ambil makanan. hikhik

Haaa lauk pauk yang ada antaranya ulam-ulam, segala jenis budu dan cencalok, ayam masak merah, daging salai, Rendang daging, Sambal udang dengan petai, daging cincang masak pedas, ikan keli berlada dan banyak lagi lauk kampung yang disediakan. Kiranya time nak berbuka puasa tu, kena reserved dulu perut biar dapat makan semua makanan.

Ulam-ulam

Kerabu Mangga

Ikan keli berlada

 Pengat Pisang

 Laici Kang

Dalam banyak menu paling aku suka sekali semestinya kambing panggang ni. Daging dia perghhhhhhhhhhh fresh dan sangat lembut. Malangnya aku tak boleh nak makan banyak sebab terlalu banyak hidangan yang nak kena rasa.

Haaaaaaaaaaaaaaa mesti terliurkan? Daging dia tersangat lembut terutama time panas memang kecur air liur dibuatnya bila teringat. J.W.Marriot menawarkan sebanyak 108 hidangan dan bagi aku rasanya berbaloi dengan harga Rm60 di ruangan dalam dan Rm70 kat area kolam renang.

Maklumat Lanjut :

 JW Marriott Hotel Kuala Lumpur (opposite Pavilion)
183 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2719 8666
Fax: 03-2715 7010
Email: bukapuasa@ytlhotels.com.my

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });