0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

“Jangan Sibuk Cari Kudis Di Kaki Orang Lain” – Respon Balas TMJ Kepada Tan Sri Annuar Musa

“Jangan Sibuk Cari Kudis Di Kaki Orang Lain” – Respon Balas TMJ Kepada Tan Sri Annuar Musa

tmj-respon

Sebelum ini Tan Sri Annuar Musa menjadi tumpuan apabila dikatakan mempersoalkan TMJ menggunaan stadium Johor sebagai stadium JDT.

Hari ini TMJ telah memberi respon balas yang amat pedas buat Tan Sri Annuar Musa.

Ini komen TMJ:

JANGANLAH SIBUK MENCARI KUDIS DI KAKI ORANG LAIN SEDANGKAN TOKAK DI KAKI SENDIRI TIDAK MAMPU DIUBATI

Baru-baru ini saya dimaklumkan mengenai timbul persoalan berkaitan fasiliti milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

Kepada Tan Sri, semua stadium di negeri Johor sememangnya milik Kerajaan Negeri Johor dan kerajaan tersebut pula adalah milik Siapa? Milik DYMM Sultan Johor yang telah wujud sejak tahun 1885.

Itu bererti terpulanglah kepada DYMM Sultan Johor untuk bagaimana menggunakan semua milik kerajaan negeri. Jangan samakan negeri Johor dengan negeri lain.

Johor sudah wujud sebelum kemerdekaan, dengan cara tersendiri, dan dengan sistem berpelembagaan tersendiri sejak 1885.

Negeri Johor juga adalah kubu kuat parti pemerintah sekarang. Tarikh untuk rakyat negara keluar mengundi sudah hampir, oleh itu jangan cuba menjolok sarang tebuan kerana kelak buruk padahnya.

Kepada Tan Sri, jangan jadi liabiliti kepada parti anda. Anda sendiri jelas mempunyai kepentingan diri sendiri dalam parti. Ingatlah bahawa anda berkhidmat kepada Rakyat.

Kita sedia maklum yang Tan Sri telah membina Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dari mula-mula lagi dan Tan Sri juga harus bertanggungjawab atas kegagalan dan ketidak urus KAFA hari ini.

Janganlah Tan Sri bagaikan nakhoda bertempiaran lari meninggalkan bahtera bila berhadapan ombak besar. Sedangkan KAFA pun Tan Sri tak boleh nak urus, elok Tan Sri lupakan hasrat menerajui bola sepak negara.

Seterusnya Tan Sri mengatakan bahawa JDT merosakkan pasaran bola sepak Malaysia dengan membayar gaji pemain terlalu tinggi.

Sistem bola sepak negara kita kini sudah berdaya maju, dan tidak wujud mengenai pasukan lain tidak mampu untuk bersaing atau beraksi dalam liga. Ianya berkenaan dari kebijaksanaan mengurus wang.

Ianya satu perkiraan yang mudah, JDT paling ramai boleh mendaftar dalam 27 hingga 30 orang pemain tempatan sahaja dalam satu masa.

Berapa ribu pemain yang ada dalam negeri ni? Jikalau anda nak menandatangani pemain yang sama memanglah duit anda akan habis. Terpulang kepada JDT untuk membayar berapa tinggi sekalipun gaji pemain kami.

Masih ada ramai lagi pemain lain yang boleh bermain dan tidak perlulah bersaing dengan JDT untuk mendapatkan pemain yang terbaik. Ikutlah kemampuan dan jangan sibuk bersaing dengan cara JDT.

Yang terakhir sekali, sebelum Tan Sri hendak memberikan komen mengenai kelab atau negeri lain, uruskanlah KAFA terlebih dahulu. Tidak payah buang masa untuk sibuk mengenai urusan pasukan atau kelab lain.

Selesaikan dulu hutang piutang sebanyak RM6.7 juta terlebih dahulu sebelum bercakap hal-hal yang lain. Janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati.

Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Tun Dr Mahathir bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Komen ini dibuat di laman Facebook rasmi JDT. Sehingga kini nukilan TMJ ini menerima lebih 5 ribu share. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas