0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Foto

Seorang warga nepal dikejarkan ke hospital apabila dahinya ditembusi sebatang kayu sebesar jari telunjuk dan sepanjang 1.5 meter, di Gemas, pagi tadi. 

 

Ketika kejadian, mangsa sedang bertugas memotong kayu di kilang papan itu dan secara tiba-tiba serpihan kayu itu ‘terbang’ lalu menusuk dan menembusi dahi mangsa.Pihak majikan menghubungi Klinik Kesihatan Gemas meminta bantuan ambulans bagi menghantar mangsa ke hospital.

 

Menurut pihak bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.51 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota untuk bantuan menyelamat. Disebabkan kayu yang menembusi dahi mangsa terlalu panjang mesin pemotong khas terpaksa digunakan.

 

“Bomba memerlukan tujuh minit untuk memotong kayu berkenaan menggunakan mesin khas bagi mengurangkan impak kecederaan lebih serius kepada mangsa selain meminimumkan kesakitan dialaminya,” katanya.

 

Mangsa dihantar ke hospital segamat untuk rawatan lanjut.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });