0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Kebakaran Besar Berlaku Di Negara Israel

bakar

Kebakaran yang amat besar telah berlaku di beberapa bandar Israel.

Api terus marak di sekitar bandar-bandar besar Haifa, Modi’in dan Neve Ilan berhampiran Jerusalem, lapor akhbar Israel, Globes.

Insiden kebakaran yang berlaku semalam di Nataf berhampiran Maaleh Hahamisha di Jerusalem Hills itu telah menjadi lebih besar disebabkan oleh tiupan angin yang kuat di rantau ini.

Kebakaran juga sedang merebak dan mengancam perkampungan Neve Ilan, berhampiran lebuh raya Jerusalem-Tel Aviv.

Anggota bomba bimbang jika angin berubah arah, Neve Ilan juga akan terancam.

Malahan lebuh raya Road 1 perlu ditutup, dan akan menyebabkan gangguan teruk terhadap lalu lintas.

Tidak lama sebelum itu, sebuah insiden yang lain berlaku di Ashlag, Teluk Haifa, telah mengancam kawasan pusat perniagaan yang berdekatan, tetapi akhirnya berjaya dipadamkan beberapa jam kemudian.

Kebakaran juga berlaku di sebuah padang berhampiran daerah Modi’in.

Selain itu, terdapat juga kebakaran di Kibbutz Harel di Jerusalem Hills, Umm El Fahm di Wadi Ara, serta Talmon dan Dolev di Samaria.

Pesawat daripada Greece, Cyprus, Croatia, Itali dan Rusia telah dipanggil untuk membantu memadamkan kebakaran di beberapa wilayah di Israel.

Setakat ini, punca kebakaran besar-besaran itu berlaku masih di dalam siasatan. – PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });