0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Teruja tengok tajuk entri tentang menopause dan perempuan. Walaupun aku bukan lagi tahap menopause tapi tak salah untuk aku share dengan reader tersayang. Menopause nih selalunya dikaitkan dengan wanita yang diambang usia tapi kalau usia aku sekarang, perlulah ada jugak sedikit sebanyak pengetahuan buat bekalan hari esok. Kahkahkah!

Apa nak malu nanti lambat laun merasa jugak ye dak? Menopaus berlaku pada pertengahan usia seseorang wanita iaitu apabila dia berhenti mengeluarkan haid. Masa ini keupayaan seseorang wanita berubah daripada peringkat reproduktif (subur) ke peringkat tidak reproduktif (tidak subur) disebabkan berlakunya perubahan hormon.

Bila masuk ambang menopause, biasanya kitaran haids akan menjadi tak teratur ada yang haidnya terlalu kerap atau terlalu jarang-jarang. Tapi ada jugak petanda lain iaitu hangat memerah (hot flushes), perubahan emosi, kekurangan konsentrasi, kekeringan kulit, kekeringan faraj dan kesakitan semasa hubungan seks.

Hangat memerah merujuk kepada rasa hangat yang dialami secara tiba-tiba pada waktu malam, yang dirasai pada bahagian atas badan akibat pengembangan pembuluh darah.

Selain itu, wanita juga akan mengalami perasaan kurang bermaya dan selalu letih, menghadapi masalah sistem urinari (kencing yang kerap, kencing tidak terkawal dan tidak lawas atau sakit semasa kencing), mempunyai perasaan berdebar-debar, menghadapi kesukaran untuk tidur (insomnia), menjadi mudah lupa (pelupa) dan mengalami kesakitan sendi dan tulang. Banyak gejala yang kita boleh nampak dengan mata kasar bila dah sampai waktu menopause. Risau pulak aku bila tahu benda alah semua ni. Kahkahkah!

P/s: Kalau korang melalui simptom ni, janganla segan nak berjumpa dengan mereka yang lebih pakar. Ecehh, pandai jek aku ni. Kahkahkah!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });