0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Waaahhh macam isu dalam forum pulak nak dibincangkan padahal entri jek pun. Gemuk sebenarnya universal dan berbeza mengikut badan setiap orang. Ada yang mudah kuruskan badan dan ada jugak yang buat macam – macam tapi tetap gemuk. Runsingkan tapi kalau nak kurus, jangan putus asa. Takde masalah tanpa penyelesaian.

Faktor Genetik

Di dalam sebuah keluarga, kegemukan nih boleh diturunkan dari generasi ke generasi seterusnya sama jugak dengan kes kurus. Seorang ibu yang hamil dengan jumlah ukuran sel lemak yang melebihi batas normal secara automatik menurunkan ketidaknormalan ukuran sel lemak kepada bayi jadi tak heranlah kan kalau nampak bayi yang menderita kegemukan.

Kerosakan pada Salah satu bahagian Otak?

Hipotalamus atau salah satu bahagian otak dan terdapat dua bahagian hipotalaus yang mempengaruhi penyerapan makanan iaitu hipotalamus lateral (HL) yang menggerakkan nafsu makan dan jugak hipotalamus ventromedial (HVM) yang menghalang nafsu makan. Daripada kajian, sekiranya HL rosak makan individu akan menolak untuk makan atau minum dan akan mati kecuali jika dipaksa diberi makan atau minum.

Sebaliknya, jika HVM yang rosak, makan individu akan menjadi rakus dan kegemukan.

Pola Pemakanan Berlebihan

Orang yang gemuk selalunya agresif dan responsif terdapat isyarat lapar eksternal seperti rasa, bau makanan atau waktu makan kalau nak dibandingkan dengan berat badan normal. Orang yang gemuk cenderung makan jika ingin makan bukan kerana lapar. Pola pemakanan ini yang paling susah nak ubah sebab kalau niat tak kuat memang takkan ke mana la jawabnya.

Malas Bersenam

Sebenarnya aku pun malas bersenam jugak harapkan event sana sini kena naik turun tangga dapat jugak buat senaman free. Kahkahkah! Sebenarnya kalau fikirkan bersenam mesti kita nampak woooo 1-2 jam tapi kalau boleh luangkan paling malas pun 15 minit untuk bersenam sehari dah boleh bakar kalori. Sikit – sikit lama – lama jadi bukit meyhh!

Ketidakstabila Emosi

Banyak pendapat yang mengatakan orang gemuk biasanya tidak bahagia. Tidak bahagia tu sebab asyik fikir mulut orang mengata gemuk! gemuk! gemuk! Huhh kalau aku pun stress. Satu masalah besar golongan berbadan besar bila stress mesti nak makan. Emosi antara elemen penting terutama putus cinta. Elakkan dari bercinta la senang jadi takde kes tekanan perasaan. Kahkahkah!

P/s: Basicnya kita sendiri boleh tahu makanan apa yang buat badan gemuk yang penting kena tahu kontrol nafsu makan. Once dah boleh kontrol memang senang nak kurus. Selamat mencuba!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });