0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waaachaaa.

Dah lama aku menyepi dengan entri fitness sampaikan ada beberapa orang yang suruh aku up kan lagi entri tips yang tak berapa nak hebat dari aku. Kali ni aku nak share ”Kenapa Perempuan taknak jadi gemuk gedempol”. Ehhh perlu ker gedempol tuuuu? Jeles lettew. Muahahaaaaaa. Lets cekidaut bebeh!

Susah Nak Cari Baju Cantik

Yessss, ini masalah utama aku time berisi dulu – dulu. Badan aku ni kalau berisi bukan menyeluruh tapi fokusnya pergi pada breast dan thigh masalah yang common dikalangan perempuan. Ada yang rasa fuhh mantap dapat yang besar tapi bagi aku tak payah nak besar sangatlahhhh. Bukan apa, time nak beli baju memang jadik masalah untuk fitting sebab tak muat bahagian depan. Bukan setakat baju tapi seluar pun sama meyhhhh. Even pinggang aku saiz 27, terpaksa ambik yang 28 sebab thigh besar jadi sendat. Sungguhlaaahh tak comel bila berjalan. Wuwuwuuuuuu.

 

 

Susah Nak Carik Boyfriend

Wuhuuuu yang ni aku rasa biasa sangat. Lelaki ni memilih jugak sebenarnya nak perempuan cantik body kena slim bagai tapi yang gemuk ni nak campak mana? Sudahnya, yang berisi ni kenalah rajin pump body kasi kempis. Tapi berapa ramai yang mampu kurus dalam masa singkat? Woaaahhhh yang ni kena tengok pada niat yang kita nak archived. Macam aku nak kurus sebab nak pakai baju cantik – cantik semangat mesti lebih punyaaaa. Muahahaaaaaa.

 

Susah Nak Pakai Heel

Seumur hidup aku, tak pernah – pernah aku terdetik nak pakai heel. Untungnya ada kawan jenis fashionista ni, kita akan terikut dan aku pun terikut sama. Ceceeeee kemain lagi kaw pakai heel bagai. Dah nama perempuan takkan lari dari taknak pakai benda cantik. First time aku pakai heel, woaahhh nak runtuh lantai kena hentak dengan aku. Parah sungguhhhhh! Muahahahaaaaaa.

Low Self Esteem

”Dahlah gemuk gedempol makan tak hengat tak sedar diri sungguh” Cuba kalau setiap kali korang makan asyik kena sound bertalu – talu? Sekali dua setakat cair tahi tinge aku rasa okay lagi tapi berkali – kali siapa nak disalahkan? Haruslah diri sendiri sebab tak menjaga body. Bila body besar perasaan rendah diri tu memang tak boleh nak hilangkan. Nak jumpa orang pun segan, nak borak pandang mata orang pun rasa kecik jer badan sungguhla tak comel. Bila ada Low Self Esteem, semua yang kita buat tak menjadi dan sudahnya kita berada selangkah jauh dibelakang orang.

P/s: Nak kurus tak susah mana cuma kena ada niat dan tekad. Kuatkan hati dan kuatkan semangat insyaAllah mesti boleh kurussss! Muahahaaaaaaa.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });