0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Apabila MRT Beroperasi, Kereta Persendirian Masuk Kuala Lumpur Akan Dikenakan Caj Untuk Elak Kesesakan

caj

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam proses untuk melaksanakan sistem caj kesesakan di pusat bandar selepas pojek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) Line 1 beroperasi siap dan beroperasi, lapor The Edge Financial Daily.

Perkara ini dinyatakn oleh Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar DBKL, Nik Mastura Diyana Nik Mohamad. Beliau berkata DBKL sedang mengkaji perkara ini.

Namun, harga yang bakal dicaj masih lagi belum ditentukan.

Ini komennya:

“Kami akan laksanakan (caj jalan raya) yang akan menjadi inisiatif terakhir untuk mengurangkan kesesakan di bandar.

“Pihak DBKL masih melihat butirannya. Kami telah menemui orang ramai bukan sahaja untuk dapatkan pandangan mengenai caj berkenaan, tetapi lebih kepada bagaimana nak mengubah pengangkutan awam di Kuala Lumpur,”

Fasa pertama MRT Line 1 di antara Sungai Buloh dan stesen Semantan di Damansara Heights, dijadual memulakan operasi pada bulan Disember dan fasa kedua pula antara stesen Semantan dan Kajang akan beroperasi pada Julai 2017.

Nik Mastura Diyana berkata caj berkenaan telah dimasukkan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020.

Ini untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seperti negara jiran Singapura.

“Kita tidak boleh melaksanakannya sekarang kerana tidak ada alternatif kepada orang ramai,”

“Seperti yang dilaksanakan di Singapura. Jika anda pergi ke pusat bandar pada waktu tertentu yang menyebabkan kesesakan, anda perlu membayarnya,”

Pihak berkuasa telah merancang untuk melaksanakan dasar itu bagi menghalang kesesakan lalu lintas di pusat bandar seawal tahun 1980-an lagi di mana bertujuan untuk mengurangkan orang ramai menggunakan kenderaan sendiri di pusat bandar. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });