0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Kes Maahad Tahfiz: Ustaz Kazim Buat Laporan Polis Ke Atas Wardina Dan Syed Azmi

wardina uke

Baru-baru ini telah tersebar kes cabul yang berlaku di sebuah sekolah Maahad Tahfiz milik Ustaz Kazim Elias.

Pemilik Pusat Pendidikan Al Barakah, Datuk Kazim Elias hari ini membuat satu laporan polis terhadap Syed Azmi dan selebriti tanahair, Wardina Saffiyah yang didakwa menyebarkan dakwaan tersebut.

Ustaz Kazim Elias hadir ke balai bersama beberapa ahli jawatankuasa sekolah untuk membuat repot polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sekitar jam 3.50 semalam selepas solat Jumaat.

Ustaz Kazim berkata, empat repot polis telah dibuat iaitu satu daripad Ustaz Kazim sendiri, satu daripada pihak mudir sekolah dan dua laporan daripada ibubapa pelajat di maahad tahfiz.

Ini komennya:

“Saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini kerana mempertahankan diri saya disebabkan ada komen-komen negatif yang secara langsugg dapat disifatkan itu adalah saya.

“Malah ada yang menggelarkan saya dengan gelaran-gelaran buruk ekoran viralnya di dalam Facebook mereka,”

“Saya harap kepada netizen-netizen yang menulis komen di Facebook mereka ini supaya dapat berhati-hati.

“Jangan kita mengatakan sesuatu di luar batasan Islam, batasan normal sebagai seorang manusia yang mempunyai akhlak dan pegangan agama,”

“Kami akan menyerahkan siapa jua yang terlibat kepada pihak berkuasa untuk dihukum mengikut lunas undang-undang negara walaupun beliau darah daging saya sendiri,”

Ustaz Kazim menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi sekiranya perkara dan perbuatan pencabulan tersebut berlaku di pusat pengajian miliknya dan akan mengambil tindakan undang-undang walaupun melibatkan darah daging sendiri. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });