0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Kesiannya…Wang Hantaran Habis Hangus Terbakar

hangus

Seorang lelaki yang berazam untuk berkahwin diuji apabial wang hantaran yang disimpannya hangus dalam satu kejadian kebakaran di Pontian.

Ahmad Azmirul berkata, wang hantaran itu dikumpul hasil titik peluhnya melakukan dua pekerjaan selepas bertunang dengan Noor Suriyana tahun lalu.

Amirul berkata dia mengambil upah bekerja di ladang kelapa sawit pada waktu pagi, manakala pada sebelah petang hingga malam berniaga nasi ayam penyet.

Selain wang, beberapa barang hantaran seperti telekung dan kain yang sudah digubah turut musnah.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari, dan ketika itu Azmirul berada di kedai dan dihubungi rakan memaklumkan mengenai kejadian.

Ini komennya:

“Susah payah saya berhempas pulas bekerja siang malam demi mengumpulkan wang hantaran itu, tapi akhirnya menjadi abu.

“Saya simpan wang tunai RM10,000 selepas mengeluarkannya daripada akaun simpanan di bank pada Jumaat lalu.

“Sepatutnya hari ini (semalam) wang hantaran itu dihantar ke rumah pengantin perempuan digunakan untuk perbelanjaan majlis kenduri kahwin nanti,” katanya.

“Saya bergegas pulang, setibanya di rumah saya lihat api sudah marak dan orang ramai mula berkumpul di pekarangan halaman rumah.

“Saya turut minta bantuan daripada balai bomba yang terletak di hadapan rumah serta hubungi ahli keluarga lain bagi memaklumkan tentang kejadian,”

Sumber: SinarHarian

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });