0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem Meninggal Dunia

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem Meninggal Dunia

Inna Lillahiwa inna ilaihi raji’un

Dengan kesedihan dan dukacita adalah dimaklumkan bahawa YAB Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak telah kembali ke Rahmatullah.

Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengahhari tadi di IJN Samarahan.

Di Twitter, Menteri Belia dan Sukan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dengan berkata: “Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga & rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem. Al Fatihah.”

Pemergian allahyarham kembali ke Rahmatullah amat dirasai kerana beliau bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-73 tahun pada 27 Januari depan.

Arwah merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Allahyarham merupakan ketua menteri kelima negeri terbesar di Malaysia tersebut selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari 2014. -PENMERAH

adenan

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas