0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Woaahhh aku rasa kalau korang antara pengamal diet dan dalam proses menguruskan berat badan, buah acai berry sepatutnya tak asing lagi bila dengarkan? Okeh kali ni aku nak berkongsi dengan korang tentang kelebihan buah Acai Berry. Buah Acai berry berasal dari hutan amazon dan digelar sebagai Superfood nombor 1 dunia. Perghhh number ONE okeh!

 

Buah yang berwarna purple gelap ni mempunyai kandungan antioksida yang tinggi berbanding buah – buahan lain. Korang tau kan kalau untuk kosmetik, kandungan antioksida yang tinggi memang sangat bagus untuk badan. Antioksida membantu kita membuang toksin dalam badan yang menyebabkan banyak penyakit.

 

Selain antioksida, acai berry jugak mengandungi serat dan lemak baik yang bagus untuk kesihatan jantung dan usus pluss mengandungi kandungan Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan paras kolesterol baik di dalam darah. Perghhh banyak kebaikan buah acai berry rupanya.

Malah, ia juga mengandungi kandungan garam dan mineral yang bersesuaian untuk kesihatan badan. Rasa buah ini dikatakan seperti coklat tetapi ia mengandungi kandungan gula yang rendah jadiknya tidak merbahayakan pesakit kencing manis. Senang kata, buah acai berry ni senang diserap dalam badan kita dan bestnya ada kajian mengatakan buah ini mampu memusnahkan sel kanser.

P/s: Kalau nak kesihatan yang bagus, acai berry ini memang sesuai sebab selain boleh kuruskan badan, acai berry boleh digunakan untuk angi aging dan kesihatan badan. Kalau korang suka tengok tv, kebaikan buah acai berry pernah diulaskan di Oprah dan jugak TV3.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });