0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

 

Dah lama gila aku tak up pasal kucing gemuk kesayangan aku yang sekor nihh bernama Junior. Dua bulan dah kot aku takde masukkan dia dalam blog padahal setiap hari dia asyik melepak atas peha teman aku online. Sekarang nihhh susah nak masukkan gambar dia dengan aku sebabnya aku nihh lonely ranger jadi aku letak gambar dia aje la ye! Korang cuci la mata dengan aksi comel si debab nihh. Wuwuwuu.

Dah 6 bulan tapi aku rasa dia macam setahun lebih sebab gebu sangat! Junior memang aku pantang sikit sebab kalau aku pergi dekat mesti aku peluk dia kuat – kuat kadang – kadang tu siap lambung tinggi-tinggi. Kahkahkah! Punyalaaahhh aku geram tengok badan dia yang bulat gila!

Selama aku membela kucing parsi, tak pernah aku obses dan tak bestnya aku tak boleh nak stay kat dia. Kalau pergi dekat mesti aku nak tonyoh-tonyoh perut dia pastu pusing – pusing buat macam bola! Jahatkan aku. Junior pulak jenis tak garang boleh dia biar aje aku buat dia jadi teddy bear! Haaa cantekkkk! Muahahaaaaa.

Ceee korang tengok bulu dia macam teddy tak? Aku nihhh yang jadi tuan punya kucing pun boleh tak tahan geram huii kalau korang tengok mesti nak kejar satu rumah. Muahahaaa.

Yang sekor lagi tu nama dia Romeo saja aku bagi nama arwah bapak dia padahal betina. Kahkahkah. Kucing yang paling aku sayang sampaikan dia mati pun aku tak sanggup nak tengok gambar tapi bila dah ada anak, baru okay sikit.

Baidewey, Junior nihh takdelah mengikut bapak dia sangat tapi ikut mak pun macam takde iras jugak? Bulu dia lebih kepada ala – ala flatface macam kakak tiri dia si Princess. Wooaaahhh princess tuhh lagi advance siap berlakon untuk Filem Ular bersama Lisa Surihani. Haaa tuan punya kucing pun tak femes gitu kan. Ko hadoooo? Muahahaaaa.

Ada yang cakap Junior ni macam singa nampak bulu dia kembang sangat tapi mata aku nampak dia lebih kepada burung hantu. Bila dia berdiri atas kerusi sambil pandang aku mesti nampak macam bentuk badan burung hantu yang tengah duduk tu. Comelkan dia? Huii tak sabar ni nak kacukkan Junior dengan kucing jantan Aizul Marcello.

 

 

P/s: Untuk batch pertama, aku harap Bella yang gersang tu boleh diexchange dulu biar bunting nanti boleh buat pendermaan anak kucing secara free kat korang. Tak gitu? Wuwuwuuu.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });