0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaa..

Woaahhhh aku masih nak bercerita pasal kucing lagik tapi kali ini baka Maine Coon. Aku ini antara Pencinta Kucing yang tegar jadi ada aje kucing comel aku memang berminat. Sebelum aku dapat anak Romeo, awal – awal lagi aku dah beli baka jenis Maine Coon. Rumah aku ada 2 ekor maine coon 3 ekor parsi. huhu! Macam pusat menternak pulak kan? Muahahahaa. Orang kata baka Maine Coon biasanya badan besar tapi bulu tak selebat kucing parsi. Ehh betul ker?

Ayeen vs Salem. Dah masuk 5 bulan tapi masih muda remaja lagik. Korang tau bila kucing nak matang? Selalunya aku tengok bila dah masuk 8-9 bulan, dorang ni nampak dah mula menggatal. Muahahahaa.

Beza Maine Coon dengan Kucing Parsi, baka Maine Coon jenis pembersih. Muka memang tip top takde tahi kat mata, hidung pun memang clear takde keping-keping kat celah hidung. Hoh semua aku check, rajin sungguh aku menilik. Bulu memang tersangatlaaahhh lembut! Muahahahaa.

Si Salem waktu kecik – kecik. Nampak innocent dan gebus tapi bila dah besar, bulu makin pendek. Aku rasa mungkin baka Maine Coon memang macam ni kot? Dah besar, body akan jadi memanjang bulu pulak makin rapi tapi tak lebat.

Dah sebulan lebih aku tak balik, nampak 2 ekor ini terus aku terkam peluk kuat – kuat sampai tercungap – cungap dia bernafas. Kesian dia kelemasan. haha! Kijamnya aku tapi mula – mula dia akan melawan cuma kalau kita tak manjakan, lama – lama boleh jadik liar. Mana best kucing dah comel tapi nak pegang asyik lari tak syok aku nak manja – manja. Muahahahaaaa.

P/s: Lepas ni, aku rasa macam nak kacukkan dengan bengal nampak macam best? Korang ada kucing comel – comel tak?

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });