0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Seoul garden lagi? Ehhh dah 3 bulan aku tak makan kat sini biasanya sebulan wajib pergi sekali. Kalau korang belum tahu, seoul garden ni restoran makanan style korea. Makanan dia memang banyak dari makanan mentah untuk di grill termasuklah sehingga ke desert. Paling best korang boleh makan sampai tak boleh jalan. Amacam? Teruja tak? Hikhik

Kali ni aku pergi dengan adik lelaki yang kebetulan dah nak balik Terengganu jadi saja aku bawak bagi dia rasa makanan grill kat sini. Penuh satu meja tu pun macam tak cukup ruang.

Sekali korang tengok macam pelik jer makanan ni tapi kalau korang suka duduk dapur, suka peram daging dengan sos lelama supaya rasa lebih sedap haaa mesti tahu gambar atas ni adalah daging yang diperap dengan sos terbaik. Tapi memang sedap pun!

Tadi aku ada sebut makanan mentah haaa ni laaa antaranya daging, ayam, siput, sotong dan ada banyak lagi menu yang dipelbagai dengan beberapa perisa. Rugi tak datang sini tau.

Kimchi? Makanan ni Alyza punya tapi boleh tahan sedap sebabnya aku ni bukanlah peminat siput tak kira la siput sedut ker siput kering memang aku tak makan. Tapi time dia buat benda alah ni boleh pulak aku makan siput tu telan takde nak muntah bagai. Hikhik

 

Masa grill makanan ni tak lama sangat pun menunggu dalam 5 minit macam tu jek. Borak lelama mesti nak terkejar pulak untuk makan takut nanti hangit. Selain makanan grill tu, kat sini ada special soup untuk korang pilih kiranya untuk rebus makanan mentah yang korang ambil tadi. Aku cuma tahu pilih tomyam tapi kali ni tersangat pedas pulak. Huuuu sadis!

Biasanya partner untuk makan kat seoul garden ni memang alyza jek sebabnya dia kerja kat Tv3 senang jalan kaki dah sampai kat one utama. Seoul Garden ni takde kat banyak tempat yang aku tahu di KL Festival dengan Mid Valley tapi paling best area Mid Valley cuma tak bestnya ada timing untuk buka kedai.

 

Maklumat Lanjut:

LG 345, Lower Ground Floor,

Highstreet, 1 Utama Shopping Centre,

Bandar Utama, 47800,

Petaling Jaya, Selangor

03-7722-1339

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });